Saya Tidak Terdesak Pujuk Azalina- Shahrizat

Diterbitkan: Khamis, 19 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Azalina (kiri) dan Shahrizat (kanan)
Azalina (kiri) dan Shahrizat (kanan)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menafikan dakwaan kononnya beliau menghantar wakil bagi mengadakan 'perbincangan sulit' dengan Datuk Seri Azalina Othman Said berhubung perebutan jawatan Ketua Wanita Umno.

Tegas Shahrizat, beliau tidak terdesak untuk menggunakan taktik tersebut sehingga menyaksikan Azalina mengumumkan pendiriannya menarik diri daripada meneruskan hasrat bertanding jawatan tertinggi sayap itu.

"Tidak! Tolonglah... Saya tidak terdesak dan saya yakin Datuk Seri Azalina juga tidak terdesak.

"Tidak ada wakil atau deligasi daripada pihak saya untuk bertemu dengan beliau (Azalina)," katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Shahrizat berkata demikian bagi mengulas mengenai dakwaan kononnya keputusan Azalina menarik diri daripada mencabar kedudukannya sebagai Ketua Wanita Umno disebabkan wujudnya perjanjian tertentu antara kedua-dua pihak.

Dakwaan turut menyatakan bahawa Azalina menerima 'nasihat' agar tidak memberi tentangan kepada Shahrizat yang berkemungkinan akan menyebabkan perpecahan dalam sayap pergerakan itu.

Baru-baru ini Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan Ketua Wanita Umno namun membayangkan akan menyertai saingan merebut jawatan dalam Majlis Tertinggi Umno.

Mengulas mengenai hasrat Azalina itu, Shahrizat berkata Wanita Umno akan memberi sokongan padu kepadanya jika beliau mahu bertanding di kedudukan tersebut.

"Wanita akan sokong beliau...secara prinsipnya kita akan sokongan siapa sahaja jika mereka bertanding diperingkat Majlis Tertinggi.

"Sudah pasti kita akan sokong Datuk Azalina jika beliau mengesahkan bertanding nanti," katanya.

Sementara itu Shahrizat berkata Wanita Umno turut akan mengumumkan senarai wakil pergerakan itu yang akan bertanding di peringkat Majlis Tertinggi.

"Kita sudah ada senarai. Dalam soal ini Wanita Umno bersifat realistik mengenai jumlah calon yang akan diketengahkan," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan