Saya Boleh Jadi Naib Presiden Yang Baik - Ali Rustam

Diterbitkan: Khamis, 19 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Datuk Seri Mohd Ali Rustam percaya beliau memiliki kriteria untuk menjadi seorang Naib Presiden Umno yang baik.

Mengisytiharkan bahawa beliau adalah individu yang paling layak untuk menangkis serangan pihak yang mempersoalkan hak Umno untuk mempertahankan kepentingan orang Melayu, bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata bahawa janji berkenaan merupakan tawaran jika dipilih ke kedudukan tersebut.

Menurutnya, setelah tidak memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan, ia akan memudahkannya untuk menjalankan tanggungjawab mempertahankan kepentingan bangsa dan agama.

"Apabila Umno diserang, tidak ramai yang mara ke hadapan untuk mempertahankan kita. Keadaan ini tidak seperti sebelum ini apabila semangat untuk mempertahankan parti itu datang secara semula jadi di kalangan ahli dan pemimpinnya.

"Kita perlu untuk membawa kembali semangat ini. Ahli-ahli Umno mesti berani untuk mempertahankan hak mereka. Jika saya dipilih sebagai Naib Presiden , ini adalah apa yang saya mahu lakukan kerana orang Melayu hanya boleh bergantung kepada Umno untuk menjaga kepentingan mereka. Bukan PKR atau PAS, "katanya.

Ali Rustam berkata semangat perjuangan di kalangan ahli parti agak lemah berikutan serangan berterusan oleh pembangkang dan NGO tertentu berasaskan perkauman.

Beliau berkata orang ramai tidak perlu menghukum Umno sebagai sebuah parti perkauman hanya kerana ia telah bersedia untuk mempertahankan kepentingan Melayu.

Ahli politik berusia 64 tahun itu pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan dan Kesihatan sebelum beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1999.

Selepas 14 tahun menerajui negeri ini, Ali bertanding di kerusi Parlimen Bukit Katil pada pilihan raya umum 5 Mei lalu, tetapi tewas.

Beliau bertanding dan memenangi kerusi dalam Majlis Tertinggi Umno pada tahun 2000 dan kemudian memenangi jawatan naib presiden pada tahun 2004.

Pada 2009 , Ali menawarkan diri bertanding jawatan timbalan presiden tetapi dihalang selepas beliau didapati telah melanggar peraturan pilihan raya parti.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan