Sabtu Ini Hari Yang Dinanti-nantikan...

Diterbitkan: Khamis, 19 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tarikh pendaftaran calon bagi semua jawatan tertinggi dalam Umno akan berlangsung Sabtu ini.

Menurut Umno Online, pendaftaran dan penyerahan borang bagi jawatan di peringkat Jawatankuasa Bahagian boleh dibuat di pejabat Badan Perhubungan Umno Negeri masing-masing bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang.

"Di peringkat Majlis Tertinggi, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri pula, ia akan diadakan di Ibu Pejabat Umno di PWTC Kuala Lumpur bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang juga," demikian menurut portal tersebut.

Ini bermakna pada Sabtu ini, kita sudah boleh mengetahui siapa yang akan menang tanpa bertanding dan jawatan mana pula akan menyaksikan berlakunya pertandingan secara rasmi.

Untuk rekod, borang pendaftaran telah pun dibuka di Ibu Pejabat Umno sejak 14 September lalu.

Sementara itu, mesyuarat Cawangan Umno telah pun bermula pada 15 September.

Mesyuarat dan pemilihan kepimpinan di peringkat Bahagian dan hari pemilihan untuk ahli Majlis Tertinggi akan diadakan serentak pada 19 Oktober nanti.

Tarikh Perhimpunan Agung Umno pula ditetapkan pada 2 hingga 7 Disember ini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan