PPPM & PSPTN Disejajarkan Di Bawah Satu Pelan Induk - Muhyiddin

Diterbitkan: Khamis, 19 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGI: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) akan disejajarkan di bawah satu pelan induk bagi pembangunan pendidikan nasional pada tahun hadapan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata keputusan itu dibuat berikutan penggabungan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi yang kini dikenali Kementerian Pendidikan Malaysia. "Dengan tergabungnya dua buah kementerian ini, diharap jangan ada pihak yang merasa bimbang dan ragu dengan andaian bahawa bidang pendidikan tinggi akan menjadi kurang utama berbanding pendidikan di peringkat asasi," katanya ketika berucap di Majlis Ramah Mesra bersama warga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, Khamis.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata pergabungan itu seharusnya dilihat sebagai kesinambungan berterusan dari peringkat prasekolah sehingga peringkat pengajian tinggi.

"Saya juga memberi jaminan bahawa kita akan memberi perhatian utama dari sudut pembangunan institusi pengajian tinggi awam mengenai perkara autonomi universiti," katanya.

Muhyiddin berkata kementerian juga telah meminta pihak universiti menyediakan pelan untuk memastikan mereka benar-benar berautonomi dari segi kewangan, perancangan serta perkara-perkara lain.

Menyentuh isu kegusaran mengenai lambakan lulusan perubatan, Timbalan Perdana Menteri berkata berdasarkan nisbah penduduk berbanding doktor buat masa ini, Malaysia masih memerlukan lebih banyak doktor termasuk pakar perubatan.

"Namun dalam tempoh jangkaan dua ke tiga tahun, berdasarkan jumlah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang mengeluarkan graduan dalam bidang ini (perubatan) ianya sudah melebihi unjuran ditetapkan Kementerian Kesihatan," katanya.

Namun, katanya hal itu bukan sesuatu yang patut digusarkan kerana apabila ekonomi negara berkembang, keperluan bagi lulusan dan pakar perubatan akan meningkat bukan sahaja dalam sektor kerajaan tetapi juga sektor swasta.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata sebagai langkah mengelakkan lambakan graduan perubatan, kementerian telah meletakkan moratorium kepada IPTA atau IPTS dalam penyediaan tempat bagi bidang itu.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri turut menyentuh isu pendidikan percuma di negara ini dengan menegaskan sebenarnya pendidikan di Malaysia hampir percuma keseluruhannya.

"Ini kerana dengan bantuan kewangan kerajaan bermula dari prasekolah hingga ke peringkat universiti kos yang ditanggung (kerajaan) adalah lebih daripada 90 peratus. "Berbanding apa yang dicajkan di universiti awam dengan universiti swasta untuk kursus yang sama, cajnya (IPTS) mungkin 10 kali ganda lebih tinggi dari IPTA kerana kebanyakan kos sudah pun ditanggung kerajaan," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan