Pemilihan Umno: Saifuddin Akui Peluang Tipis

Diterbitkan: Khamis, 19 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Walau dianggap calon kegemaran untuk memenangi kerusi Majlis Tertinggi Umno dalam pemilihan akan datang, Datuk Saifuddin Abdullah mengakui beliau kini berasa seperti "underdog".

Dalam temu bual dengan The Star Online, bekas timbalan menteri itu berkata beliau hanya memberikan dirinya peluang tipis, dengan sistem pengundian yang baharu di mana sebahagian 150,000 ahli parti akan membuang undi mereka pada masa dan tempat yang sama.

"Berbalik kepada tahun 2008, semua orang mempunyai peluang yang adil. Ia hanyalah mengenai sejauh mana anda dapat bertemu dengan perwakilan secara peribadi dan mendapatkan sokongan mereka," katanya.

Dengan sistem baru ini, "keterlihatan" calon-calon adalah faktor paling penting untuk menang, terutamanya jika mereka adalah anggota Kabinet, katanya.

"Bagi saya, menteri-menteri jelas mempunyai kelebihan kerana biasanya, menteri-menteri merupakan calon kegemaran dan kemudian timbalan menteri," katanya, sambil mengimbas kembali saat-saat beliau menjadi Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

"Lebih mudah bagi saya untuk memenangi kerusi itu. Tetapi saya rasa kali ini, saya mungkin hanya akan mendapat undi simpati," katanya ketawa.

Ditanya mengapa beliau masih bertanding walaupun mengetahui peluangnya tipis Saifuddin berkata beliau masih mempunyai sesuatu untuk ditawarkan kepada Umno.

"Saya percaya saya mempunyai kebolehan untuk mengukuhkan Barisan Nasional, terutama dalam mendapatkan semula sokongan daripada pengundi-pengundi peringkat pertangahan," katanya.

Di peringkat tengah, katanya, turut termasuk golongan belia, ahli akademik, berpendidikan tinggi, profesional, pengundi bandar dan masyarakat sivil.

"Mereka membentuk kira-kira 30 peratus daripada pengundi dan jumlah itu semakin meningkat. Saya mempunyai sedikit latar belakang dalam masyarakat sivil, jadi saya mempunyai beberapa jenis kefahaman tentang apa yang masyarakat tengah berfikir," katanya.

Pilihan raya Umno untuk kerusi Majlis Tertinggi dan kedudukan presiden, timbalan presiden dan naib presiden akan diadakan pada 19 Oktober.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Kolumnis

iklan

Iklan