Parlimen: Isu Pengundi Bangladesh, Gangguan Elektrik Akan Dijawab

Diterbitkan: Khamis, 19 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Isu pengundi Bangladesh dan gangguan bekalan elektrik semasa Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) pada Mei lepas adalah antara soalan yang akan dijawab oleh kerajaan pada persidangan Dewan Rakyat Isnin ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, yang bertanggungjawab mengenai Parlimen berkata: "Pada persidangan kali ini kita akan menjawab beberapa isu termasuklah dakwaan kononnya 40,000 warga Bangladesh mengundi pada PRU-13".

Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Parlimen ke-13 bagi persidangan Dewan Rakyat akan bermula Isnin ini, dan berlangsung selama lapan hari sehingga 3 Oktober depan, katanya pada sidang akhbar di sini Rabu.

Beliau berkata persidangan Dewan Negara pula dijadualkan bermula selepas persidangan Dewan Rakyat, iaitu pada 7 Oktober selama empat hari.

Shahidan berkata isu warga Bangladesh mengundi pada PRU-13 perlu dibangkitkan dalam Parlimen supaya rakyat tidak terus dibohongi.

Shahidan menambah dua notis mengenai rang undang-undang baru, yang enggan diulasnya, telah dihantar kepada semua anggota Parlimen. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan