Najib Umum Pertahan Jawatan Presiden Umno

Diterbitkan: Khamis, 19 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis mengumumkan akan mempertahan jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti 19 Oktober ini.

Perdana menteri berkata keputusan itu dibuat berdasarkan sokongan dan kepercayaan yang disuarakan anggota parti di peringkat akar umbi.

Katanya berdasarkan makluman timbal balas yang diterima, badan-badan perhubungan Umno negeri membuat ketetapan supaya beliau meneruskan kepimpinan sebagai presiden parti. "Daripada suara yang diutarakan dalam persidangan cawangan Umno, sebahagian besar daripada ahli Umno mahukan supaya saya meneruskan kepimpinan sebagai presiden parti.

"Saya amat berterima kasih lagi terharu dengan sokongan dan kepercayaan yang diberikan dan disuarakan oleh ahli Umno di semua peringkat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Tahunan Middle Temple 2013 di sini, Khamis.

Najib berkata dengan perasaan rendah diri, beliau menerima sokongan itu, dengan menawarkan diri bertanding mempertahan jawatan sebagai presiden parti.

Pemilihan anggota Majlis Tertinggi, pemimpin bahagian dan wakil peringkat bahagian ke Perhimpunan Agung Umno 2013 yang dijadual pada Disember akan diadakan serentak pada persidangan perwakilan bahagian 19 Oktober ini.

Pendaftaran calon yang ingin bertanding bagi semua jawatan di peringkat Majlis Tertinggi, peringkat Bahagian dan ketiga-tiga sayap parti pula akan diadakan Sabtu ini di Ibu Pejabat Umno.

Mengenai pandangannya jika jawatan presiden parti dicabar mana-mana pihak, Najib berkata: "Tunggu hari Sabtu baru kita tahu kedudukan."

Beliau juga memberi jawapan yang sama apabila ditanya mengenai kemungkinan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir merebut jawatan naib presiden. Ditanya sama ada beliau dan Muhkriz telah mengadakan pertemuan bagi membincangkan perkara itu, perdana menteri secara berseloroh berkata: "Saya memang bertemu dengan banyak orang."

Najib turut ditanya sama ada beliau mempunyai 'pasukan' sendiri untuk pemilihan kali ini dan beliau berkata: "Saya ialah kapten pasukan Umno, jadi semua orang adalah sebahagian daripada pasukan itu. (Bagaimanapun) kita lihat barisan calon dulu. Kita tengok Sabtu ini apa yang akan berlaku."

Mengenai sama ada keputusan bagi beliau mempertahan jawatan presiden akan memberi kelebihan ke arah mengekalkan status quo dalam kepimpinan Umno, Najib berkata apa yang penting ialah kestabilan parti sambil membenarkan perubahan berlaku.

Menarik perhatian bahawa Umno telah terbukti sebagai sebuah parti yang dinamik, beliau berkata perubahan akan mengambil tempat dalam Umno di pelbagai peringkat termasuk pemimpin atasan dari semasa kesama.

Najib juga berkata Umno sedang cuba memperbaiki dan mengukuhkan parti, terutama selepas pilihan raya umum ke-13. Beliau berkata apa yang penting ialah untuk memperkukuh nilai murni dalam parti seperti berjuang demi kepentingan parti, menolak politik wang dan menjaga kepentingan rakyat. "Inilah nilai yang anggota Umno di semua peringkat harus tunjukkan kepada rakyat," katanya sambil melahirkan harapan bahawa dengan cara ini keyakinan rakyat terhadap Umno akan meningkat. -BERNAM

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan