Muhyiddin Akan Pertahan Jawatan Timbalan Presiden Umno

Diterbitkan: Khamis, 19 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mempertahankan jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti kali ini.

Muhyiddin mengumumkan perkara tersebut dalam satu sidang media khas di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, di Seri Satria pada Khamis.

"Saya percaya saya telah memberikan khidmat yang terbaik atas kapasiti saya sebagai Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri.

"Saya masih berkemampuan untuk melaksanakan tanggungjawab saya, justeru itu saya menawarkan diri sebagai calon bagi jawatan timbalan presiden," katanya.

Katanya sejak memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden pada pemilihan lepas, beliau diberi amanah besar, seperti menguruskan jawatankuasa pengurusan parti, memantau pilihan raya, di samping berusaha memantapkan parti Umno dan Barisan Nasional di semua peringkat, bagi mengukuhkan kerajaan dan meningkatkan perpaduan rakyat.

Beliau seterusnya menyatakan sokongan padu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk terus mempertahankan jawatan sebagai Presiden parti dan bertekad untuk terus membantu kepimpinanya.

"Saya sendiri akan menjadi pencadang kepada beliau dalam borang (pencalonan) yang akan diserahkan pada 21 September ini," katanya.

Dengan keputusan itu Muhyiddin meminta kerjasama, bantuan dan sokongan daripada rakan serta seluruh anggota parti, khususnya para perwakilan untuk membantunya, agar apabila dipilih nanti, beliau akan dapat meneruskan tugas dan tanggungjawabnya demi kepentingan orang Melayu, rakyat Malaysia, negara, bangsa, dan agama.

"Saya kira ramai yang nak tahu apa keputusan saya pada pemilihan ini, jadi saya buat keputusan hari ini untuk memudahkan ahli membuat penilaian. Memanglah saya rasa bukan saja 'relief' saja, tapi juga saya rasa ini detik penting untuk saya buat pengumuman ini," katanya.

Muhyiddin seterusnya mengucapkan terima kasih terhadap kenyataan yang dibuat oleh badan-badan perhubungan Umno sebelum ini yang secara terbuka menyokong Najib dan beliau.

Menurutnya ia menjadi dorongan kepada beliau, kerana berpendapat ini membawa makna bahawa perkhidmatan beliau masih diperlukan parti.

Ditanya sekiranya beliau menjangka ada kejutan menjelang pencalonan Sabtu ini, katanya beliau berharap tidak ada apa-apa 'suprise' walaupun sistem baharu pencalonan yang diamalkan kini agak lebih terbuka berbanding sebelum ini.

Beliau berkata ia sememangnya keputusan parti sendiri, bagi membolehkan Umno dilihat sebagai sebuah parti yang demokratik, lebih terbuka, inklusif, dan memberi ruang sebanyaknya kepada sesiapa juga menawarkan diri untuk berkhidmat kepada parti, di jawatan-jawatan penting parti. "Bagi saya itu adalah sesuatu yang kita telah putuskan, dan kita hormati keputusan itu," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan