Malaysia Tidak Kenakan Kawalan Modal - PM

Diterbitkan: Khamis, 19 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa ditemuramah oleh Marting Soong dalam rakaman Sidang Kemuncak CNBC di Kuala Lumpur, Khamis, yang akan disiarkan menerusi rangkaian perniagaan itu pada 5 petang esok. -fotoBERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa ditemuramah oleh Marting Soong dalam rakaman Sidang Kemuncak CNBC di Kuala Lumpur, Khamis, yang akan disiarkan menerusi rangkaian perniagaan itu pada 5 petang esok. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak akan mengenakan kawalan modal buat masa ini, namun akan menggunakan instrumen kewangan lain yang sedia ada bagi menangani sebarang turun naik dalam ekonomi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Khamis.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan melaksanakan kawalan modal, sebagai langkah terakhir, memandangkan persekitaran ekonomi semasa dalam negara masih berdaya tahan.

Ekonomi Malaysia terus berdaya tahan berbanding negara lain di rantau ini berikutan kedudukan rizabnya yang kukuh, selain tabungan tinggi dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tabung Haji dan Kumpulan Wang Amanah Pencen, katanya dalam rakaman Sidang Kemuncak CNBC, yang akan disiarkan menerusi rangkaian perniagaan itu pada 5 petang esok.

"Kemungkinan untuk melalui krisis adalah minimum. Walaupun wang kita mengalir keluar, rizab kita masih mencukupi berbanding apa yang kita miliki semasa krisis kewangan pada 1997," kata Perdana Menteri.

Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata rizab semasa negara sebanyak US$130 bilion berbanding kurang daripada US$30 bilion pada 1997.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan