Kerajaan Tidak Abaikan Kaum Lain - Najib

Diterbitkan: Khamis, 19 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak pernah mengabaikan kaum lain dalam pembangunan ekonomi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata kerajaan yakin terhadap peranan sektor swasta dalam pembangunan ekonomi, bidang di mana kaum lain, terutama Cina, lebih kukuh.

"Dasar-dasar kerajaan yang menggalakkan dan meningkatkan peranan sektor swasta pastinya akan memberi manfaat kepada masyarakat Cina, khususnya," katanya.

Najib berkata pemberian beberapa kontrak kepada syarikat Bumiputera adalah kerana mereka lemah dari segi keseluruhan rantaian bekalan.

Inilah bidang yang dimanfaatkan oleh komuniti perniagaan Cina, dari segi pendapatan yang tinggi memandangkan 'mereka mempunyai kawalan yang lebih baik dalam keseluruhan rantaian bekalan'. "Oleh itu, adalah tidak tepat untuk mengatakan bahawa kekayaan kita (Bumiputera) tidak akan memberi manfaat kepada komuniti lain," katanya dalam rakaman Sidang Kemuncak CNBC, yang akan disiarkan melalui rangkaian perniagaan itu pada 5 petang esok.

Rakaman 30 minit itu dihoskan oleh peneraju terkemuka CNBC Martin Soong Najib ditanya sama ada pengumuman mengenai insentif tambahan untuk memperkasa Bumiputera akan meminggirkan kaum lain.

"Saya percaya dalam pertumbuhan saksama, berlaku adil dan menjadi inklusif. 67 peratus daripada penduduk di Malaysia adalah Bumiputera (dan), ini majoriti. yang besar. "Dan jika majoriti ini terpinggir atau merasakan mereka tidak mendapat bahagian kekayaan negara yang adil, ia mungkin menjejaskan kestabilan jangka panjang negara ini, katanya.

Setakat ini, Najib berkata ekuiti Bumiputera berjumlah kira-kira 23.4 peratus, masih di bawah sasaran 30 peratus yang disasarkan pada 2020. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan