Bekalan Lembu Untuk Ibadah Korban Cukup - Ismail Sabri

Diterbitkan: Khamis, 19 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bekalan lembu hidup untuk ibadah korban sempena Aidiladha tahun ini, mencukupi.

Beliau berkata perkara itu dipastikan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar sama ada menerusi bekalan tempatan mahupun import. Biasanya sebanyak 15,000 ekor lembu akan diimport untuk ibadah korban ini, katanya pada sidang media selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kementerian itu dan agensi di bawahnya, di sini, Khamis.

Menurut Ismail Sabri pihaknya sudah membuka permit import bagi mereka yang mahu berbuat demikian.

Mengulas perkara lain, beliau berkata kementeriannya bercadang menempatkan lebih banyak pegawainya bertugas di lapangan dalam usaha menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat dengan lebih cepat.

Ketika ini kementerian sedang berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam bagi melaksanakan perkara itu, katanya.

Mengulas satu lagi isu, Ismail Sabri meminta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia agar bertindak lebih tegas terhadap nelayan asing yang menceroboh perairan negara ini.

Saya harap isu nelayan asing ini, terutama dari Vietnam dapat diselesaikan segera agar tidak menjejaskan nelayan tempatan, katanya. Pada 2 Sept lepas tercetus pergaduhan antara nelayan pukat jerut tempatan dan nelayan Vietnam, kira-kira 30 batu nautika dari Kuala Pahang, Pahang.

Dalam insiden itu, lima bot nelayan tempatan mendakwa mereka dilempar bom petrol dan ditembak oleh bot nelayan asing. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Rabu, 19 Julai 2017 1:01 PM

Brader... Itu Pun Nak Curi Ke?

Rabu, 19 Julai 2017 12:27 PM

Aaron Aziz 'Buru' Mak Datin Kaya?

Rabu, 19 Julai 2017 7:00 AM

Shah Rukh Khan Kongsi Tips Mengurat Gadis!

Kolumnis

iklan

Iklan