12.5 Juta Pelancong Lawat Malaysia Bagi Januari-Jun

Diterbitkan: Khamis, 19 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia menerima ketibaan 12.5 juta pelancong dari Januari hingga Jun tahun ini, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata ini merupakan peningkatan sebanyak 7.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, dengan 11.6 juta pelancong.

"Saya yakin masih banyak ruang untuk pertumbuhan," katanya semasa berucap pada 'Anugerah rAWr 2013 - Anugerah Kecemerlangan Acara Perniagaan," di sini malam Rabu.

Anugerah rAWr ialah kerjasama antara Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCEB) dan Malaysian Association of Convention and Exhibition Organisers and Suppliers (MACEOS) untuk mengiktiraf standard profesional, inovasi dan amalan terbaik dalam industri acara Malaysia.

Nazri berkata dengan sokongan daripada industri, Malaysia memperoleh 299 acara perniagaan dari 2010 hingga Ogos 2013, menarik 186,258 perwakilan dan menyumbang sekurang-kurangnya RM2 bilion kepada ekonomi.

MyCEB, katanya turut mengikrarkan sokongannya kepada 709 lagi acara perniagaan, membabitkan 310,054 perwakilan dan RM2.4 bilion dalam nilai ekonomi.

"Dengan lebih 1.3 juta pelawat acara perniagaan pada 2012, kami sebenarnya berada di landasan betul untuk mencapai sasaran kami sebanyak 2.9 juta pelawat acara perniagaan menjelang 2020 untuk melengkapi sasaran kementerian sebanyak 36 juta ketibaan dan RM168 bilion dalam resit pelancongan," katanya.

Nazri menyampaikan anugerah utama berupa Anugerah Menteri kepada Pengerusi Biro Konvensyen Sarawak Datuk Seri Dr Muhammad Leo Michael Toyad bagi prestasi cemerlang dan sumbangan beliau terhadap industri. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan