Umno Perlis Mahu Jawatan Presiden, Timbalan Tidak Dipertanding

Diterbitkan: Rabu, 18 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Umno Perlis memutuskan supaya jawatan presiden dan timbalan presiden parti itu tidak dipertandingkan pada pemilihan Umno bulan depan.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim berkata jika wujud pertandingan di peringkat dua jawatan tertinggi itu, agenda baik yang telah dirancang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak boleh tergendala malah melemahkan Umno sendiri.

"Kita nak (apa-apa) pertandingan dalam Umno biarlah menjadikan Umno kuat, kalau pertandingan menyebabkan Umno lemah, maka itu akan merugikan," katanya pada sidang akhbar di sini Rabu.

Shahidan mengulas laporan media yang memetik Ketua Umno Bahagian Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin sebagai berkata beliau menyokong jika anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah bertanding mencabar jawatan presiden Umno pada pemilihan parti kali ini.

Shahidan, yang juga anggota Parlimen Arau, menyifatkan kenyataan Zahidi sebagai pandangan peribadi dan tidak menjejaskan keputusan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Perlis supaya kedua-dua jawatan tertinggi Umno itu tidak dipertandingkan.

Sementara itu, Shahidan yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno mengumumkan akan bertanding mempertahankan jawatan itu kerana percaya beliau masih mampu menjadi jurucakap yang baik untuk rakyat.

"Saya berjuang untuk agama, bangsa dan watan.

"Saya tidak takut untuk menyuarakan pandangan kerana ada sesetengah rakyat ingin bersuara tapi takut untuk berbuat demikian, jadi saya akan tolong suarakan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan