UIAM Jalankan Kajian Mengenai Akta Undang-Undang Sivil - Rais

Diterbitkan: Rabu, 18 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akan menjalankan kajian mengenai kesesuaian pemakaian Akta Undang-Undang Sivil 1956 pada masa ini, kata Presidennya Tan Sri Dr Rais Yatim.

"Undang-undang ini telah kita gunakan sejak tahun 1956 tanpa ada satu kajian yang menyeluruh dibuat, sedangkan banyak pihak yang mahu supaya akta yang diambil terus dari Great Britain itu dikaji semula," katanya.

Oleh itu, katanya UIAM menerusi Fakulti Undang-Undang akan mengadakan kajian mengenainya melalui penganjuran bengkel dengan penyertaan wakil dari Jabatan Peguam Negara, Majlis Peguam dan pihak berkaitan, bagi mencari kaedah terbaik supaya pembaharuan yang konkrit dapat diadakan untuk akta tersebut.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan "Undang-undang dan Masyarakat, Undang-undang KOmersil dan Kewangan Islam," di universiti itu di sini Rabu.

Beliau berkata Malaysia perlu memiliki bidang kuasa undang-undang yang mencerminkan warisan tamadun tempatan, selain mengkaji perundangan atau kes-kes di India, Fiji atau negara Islam lain, sekiranya sistem itu adil dan saksama dan boleh diguna pakai di negara ini.

Rais berkata Malaysia tidak perlu bergantung kepada duluan atau autoriti lama berasas hanya kepada United Kingdom kerana dalam keadaan tertentu, sukar bagi kita menggunakannya untuk menentukan kes-kes bersabit dengan tuntutan sivil.

"Sistem yang ada di tanah air termasuk di nusantara boleh dijadikan rujukan dalam menentukan sesuatu undang-undang, malah kajian semula terhadap Akta Sivil adalah selaras dengan perkembangan ekonomi dan sosial terkini di Malaysia," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan