Thaiveegan Mula Tugas Timbalan Ketua Polis P.Pinang Hari Ini

Diterbitkan: Rabu, 18 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

A. Thaiveegan. Foto - Gary Chen/ THE STAR
A. Thaiveegan. Foto - Gary Chen/ THE STAR

GEORGE TOWN: Datuk A. Thaiveegan pada Rabu memulakan tugas sebagai Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang yang baharu, menggantikan Datuk Abdul Rahim Jaafar yang akan bertukar ke Selangor.

Thaiveegan, 54, yang berasal dari Ulu Kinta, Perak mula menyertai pasukan polis pada 1985 dan memiliki ijazah Sarjana Kriminalogi dari University of Nottingham.

Ketika ditemui selepas majlis serah terima tugas antara beliau dan Abdul Rahim di Pangkalan Marin Batu Uban di sini Rabu, Thaiveegan berharap mendapat kerjasama dan sokongan padu daripada segenap lapisan masyarakat bagi membendung jenayah di negeri ini .

"Usaha menangani jenayah secara berkesan harus melibatkan peranan semua pihak dari segi pencegahan, kesedaran sehinggalah kepada penyaluran maklumat...ia hanya dapat dijayakan dengan sokongan padu daripada semua pihak," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi yang turut hadir pada majlis itu berkata bekas timbalannya akan melapor diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Jumaat ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata polis negeri telah menahan 366 orang yang dipercayai terlibat dalam pelbagai kegiatan jenayah menerusi Ops Cantas sejak 17 Ogos lepas hingga Selasa.

Katanya daripada jumlah itu, lima orang telah didakwa mengikut Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 manakala 69 orang sedang dalam proses untuk diambil tindakan di bawah akta itu.

Abdul Rahim berkata polis telah mengenal pasti 1,200 anggota kumpulan kongsi gelap yang masih bebas di negeri ini dan usaha memburu mereka sedang giat dijalankan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan