Tahanan Mati Selepas Tidak Sedarkan Diri Dalam Lokap

Diterbitkan: Rabu, 18 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang tahanan lelaki ditemui mati dalam lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak pada Selasa.

Hassan Salip, 46, ditemui tidak sedarkan diri pada pukul 3.45 petang oleh anggota polis yang ditugas membawa tahanan itu ke Penjara Tapah selepas dia didapati bersalah oleh mahkamah kerana tidak mempunyai pengenalan diri dan terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk A Paramasivam berkata melihat keadaan tahanan itu, pihak Hospital Teluk Intan (HTI) telah dihubungi dan hasil pemeriksaan doktor yang merawatnya di lokap mendapati tahanan itu telah meninggal dunia.

"Tahanan itu adalah seorang daripada 11 suspek yang ditahan di Hutan Melintang, Bagan Datoh kerana disyaki penagih dadah dan tidak memiliki kad pengenalan diri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini, Rabu.

Beliau berkata lelaki yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor itu ditahan di lokap polis sejak 3 September lepas.

Kematian itu diklasifikasi sebagai mati mengejut dan mayat lelaki terbabit dibawa ke HTI untuk bedah siasat, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan