Presiden Singapura Tiba Untuk Lawatan Tiga Hari Di Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 18 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Presiden Singapura Dr Tony Tan Keng Yam tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada Rabu untuk memulakan lawatan rasmi tiga hari di Malaysia.

Ketibaan beliau disambut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin.

Tan yang mengangkat sumpah sebagai presiden Singapura ketujuh pada 1 Sept 2011, diiringi isterinya Mary Tan dan beberapa anggota rombongan.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, lawatan Tan di Malaysia ialah atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Tan akan menghadiri upacara sambutan negara di perkarangan Parlimen pada pukul 3 petang sebelum menerima kunjungan hormat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong dan menghadiri jamuan negara yang diraikan Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah di Istana Negara malam ini.

Semasa lawatannya, presiden Singapura itu dan isteri dijadual mengunjungi Universiti Malaya, Pusat Anak Permata Negara di Putrajaya, Muzium Kesenian Islam dan Melaka.

Lawatan negara ini bertujuan meningkatkan hubungan dua hala antara dua negara berjiran.

Sejak beberapa tahun lepas, perkongsian kerjasama Malaysia-Singapura telah berkembang dengan ketara bagi manfaat bersama kedua-dua negara. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan