Perak Lantik Adun Sebagai Anggota Jawatankuasa Kerajaan Negeri

Diterbitkan: Rabu, 18 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Kerajaan Perak melantik 20 anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) untuk berada dalam setiap jawatankuasa negeri yang dipengerusikan anggota exco sebagai usaha memudahkan pentadbiran kerajaan negeri.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata pelantikan Adun dalam jawatankuasa peringkat negeri itu merupakan inisiatif transformasi untuk melicinkan urusan pentabdiran dan pelaksanaan keputusan yang dibuat mesyuarat exco kerajaan negeri.

"Kesemua Adun ini akan membantu anggota exco negeri dalam menjalankan tugas dengan lebih berkesan. Lantikan dibuat berdasarkan pengalaman dan kecenderungan mereka untuk membantu setiap jawatankuasa itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan watikah pelantikan anggota jawatankuasa kepada Adun di sini Rabu.

Beliau berkata selain itu kerajaan negeri juga bersetuju menubuhkan tiga lagi jawatankuasa khas yang melibatkan dasar dan kepentingan awam iaitu pembangunan wanita, pengangkutan awam dan pencegahan jenayah yang akan dianggotai Adun BN dan pembangkang.

Ketiga-tiga jawatankuasa khas itu yang dipantau keberkesanan juga akan melibatkan badan bukan kerajaan (NGO) sebagai anggota untuk memberi pandangan ke arah penyampaian perkhidmatan terbaik kepada rakyat, katanya.

Kerajaan negeri Perak mempunyai 10 jawatankuasa negeri iaitu Jawatankuasa Agama, Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam (dipengerusikan oleh Zambry); Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Datuk Saarani Mohamad); Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor (Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid).

Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastuktur, Tenaga dan Air (Datuk Zainol Fadzi Paharuddin); Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Integrasi Nasional (Datuk Rusnah Kassim); Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Sumber Manusia dan Masyarakat Sivil (Datuk Samsudin Abu Hassan).

Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Mohd Nizar Zakaria); Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan (Nolee Ashilin Mohammed Radzi); Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau (Dr Muhammad Amin Zakaria); dan Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia (Datuk Shahrul Zaman Yahya). - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan