Penduduk Di Sitiawan Hanya 'Berbisik' Tentang Pemergian Chin Peng

Diterbitkan: Rabu, 18 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SITIAWAN: Rata-rata penduduk di kampung Chin Peng hanya berbisik-bisik tentang pemergiannya dan tidak berani menyatakan pendapat mereka secara umum.

Beberapa penduduk yang ditemui enggan bercakap apabila 'The Star' mendekati mereka untuk mendapatkan pandangan mengenai bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya itu walaupun secara umumnya penduduk merasakan bahawa abu mayat Chin Peng atau Ong Boon Hua, 89, perlu dikebumikan di sini.

"Ini adalah tempat di mana dia dilahirkan, membesar dan belajar," kata seorang jurujual berusia 52 tahun, yang tidak mahu namanya didedahkan.

"Untuk apa yang telah dilakukan, ia telah pun dilakukan kerana dia cintakan negara ini."

Jurujual itu berkata pertumpahan darah yang berlaku semasa era darurat tidak dapat dielakkan, dan semestinya pembunuhan menjadi sebahagian daripada perselisihan.

"Ramai orang takut untuk bercakap tentang membawa pulang mayat Chin Peng, tetapi mereka merasakan bahawa kerajaan perlu menghormati perjanjian yang telah ditandatangani di Haadyai itu," kata jurujual itu, yang menambah bahawa sudah menjadi hakikat bahawa Chin Peng dilahirkan di sini.

"Kubur adiknya berada di sini, bersama-sama dengan ibu bapa dan datuknya. Dia juga belajar dan dibesarkan di sini."

Di tanah perkuburan Kong Hock Kong Lumut Pundut di mana ahli keluarga Chin Peng telah dikebumikan, penjaganya yang dikenali sebagai Tay, berkata abang dan saudara mara Chin Peng akan datang dan memberi penghormatan mereka setiap kali datangnya 'Qing Ming'.

"Saya melihat mereka beberapa kali, tetapi tidak pernah bercakap dengan mereka," kata Tay 40 tahun.

Berhadapan dengan rumah kedai di Jalan Raja Omar, di mana Chin Peng membesar, pemilik kedai kopi yang dikenali sebagai Foo, 69, berkata keluarga Chin Peng sering datang ke kedainya untuk minum apabila mereka datang menziarah.

"Malah, sejak tahun 40-an, ibu bapa mendiang juga akan datang ke sini untuk minum kopi.

"Tetapi saya tidak ingat sama ada pernah melihat Chin Peng," katanya, sambil menambah beliau masih muda ketika itu.

Beliau menambah bahawa keluarga Chin Peng menjual basikal di rumah kedai. Menurut Foo, Chin Peng adalah bekas pelajar SMJK Nan Hwa di sini.

"Namanya tertulis di dalam majalah sekolah khas tahun 1948, " kata Foo.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan