Muassasah Asia Tenggara Pasang CCTV Di Arafah Dan Mina

Diterbitkan: Rabu, 18 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MAKKAH: Kerajaan Arab Saudi menerusi Muassasah Asia Tenggara akan memantau pergerakan jemaah haji di kawasan Arafah dan Mina menerusi kamera litar tertutup (CCTV) mulai musim haji ini.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata pemasangan CCTV itu adalah langkah pembaharuan yang dilakukan Muassasah Asia Tenggara bagi meningkatkan perkhidmatan dan pengurusan haji di kawasan Arafah dan Mina.

Katanya CCTV itu dipasang di kawasan perkhemahan jemaah haji dan ia dipantau oleh pejabat Muasassah Asia Tenggara berhampiran.

"Saya telah dimaklumkan oleh pengurusan Muassasah Asia Tenggara bahawa CCTV itu bertujuan untuk mengatasi masalah atau memberi bantuan segera dan pertolongan kecemasan," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Arafah terletak kira-kira 20 kilometer di sebelah timur Makkah ialah daerah terbuka dan luas tempat berkumpulnya jemaah haji menunaikan wukuf, satu daripada rukun haji manakala Mina ialah tempat jemaah haji bermalam semasa hari-hari tasyrik untuk melontar jamrah.

Syed Saleh berkata Tabung Haji (TH) juga mengambil langkah mempertingkat perkhidmatan penyediaan makanan bagi jemaah haji ketika mereka berada di Arafah dan Mina kelak.

Setakat ini lebih 8,000 jemaah haji Malaysia menerusi 25 penerbangan telah berada di Madinah dan Makkah. Jemaah haji yang sampai awal di Madinah kini memasuki Makkah secara berperingkat dan mulai 22 Sept, penerbangan jemaah haji Malaysia akan terus ke Makkah.

Mulai tahun ini juga, semua jemaah haji ke Madinah diterbangkan terus tanpa perlu mendarat di Jeddah berbanding sebelum ini ada penerbangan yang masih ke Jeddah.

"Menerusi penerbangan terus Malaysia-Madinah, kita telah mengatasi masalah kepenatan jemaah yang sebelum ini terpaksa melalui perjalanan darat selama lapan jam dari Lapangan Terbang Jeddah," kata beliau.

Sebanyak 22,320 umat Islam dari Malaysia akan menunaikan fardu haji untuk musim ini dan jumlah itu berkurangan sebanyak 20 peratus berbanding sebelumnya ekoran pengurangan kuota oleh kerajaan Arab Saudi. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan