Lawatan Obama Lakar Sejarah Baharu Hubungan AS-Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 18 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lawatan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ke Malaysia bulan depan akan melakar sejarah baharu dalam hubungan dua hala antara kedua-dua negara, kata bakal Duta AS ke negara ini Joseph Y. Yun pada Rabu.

Dalam sidang akhbar pertamanya sejak tiba di sini minggu lepas, Yun berkata Washington dan Kuala Lumpur telah menyaksikan jalinan hubungan lebih baik dalam semua aspek terutamanya politik, perdagangan dan ekonomi serta hubungan rakyat ke rakyat.

"Hubungan antara Malaysia dan AS kini berada pada kedudukan berbeza dan lebih baik daripada 10 tahun lepas. Banyak salah faham telah diselesaikan," katanya.

Hubungan itu, kata Yun akan memasuki tempoh "amat mengujakan" dengan lawatan Presiden Obama bulan depan, selepas lawatan terakhir oleh Presiden AS ke negara ini lebih empat dekad lepas.

Yun merujuk kepada lawatan Presiden Lyndon B. Johnson ke Malaysia pada 1966.

Obama akan melawat Malaysia sempena Sidang Kemuncak Keusahawanan Global kali ke-4 dijadualkan di Kuala Lumpur dari 11 hingga 12 Oktober.

Yun berkata beliau menyifatkan dirinya "amat bertuah" untuk bertugas di Kuala Lumpur tatkala hubungan AS-Malaysia semakin baik.

Beliau dicalonkan oleh Obama pada 23 Julai dan diperakukan oleh Senat pada 1 Ogos untuk menjadi Duta AS ke Malaysia.

Beliau masih belum menyerahkan watikah pelantikannya kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Yun, yang menggantikan Datuk Paul W. Jones, berkata AS dan Malaysia berkongsi ciri-ciri kepelbagaian kebudayaan dan bangsa yang menyumbang kepada pengukuhan hubungan dua hala.

"Malaysia bukan sahaja penting kepada Amerika Syarikat daripada segi geografi tetapi juga merupakan entiti politik dan diplomatik yang penting di rantau ini".

Beliau turut memuji peranan penting Malaysia dalam Asean, perkumpulan serantau 10 negara Asia Tenggara.

Yun sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Penolong Setiausaha Biro Hal Ehwal Asia Timur dan Pasifik.

Antara negara yang beliau pernah bertugas ialah di Korea Selatan, Thailand, Perancis, Indonesia dan Hong Kong.

Beliau pemegang ijazah dari London School of Economics dan University of Wales. Yun dan isteri Dr Melanie Billings-Yun mempunyai seorang anak lelaki. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan