Khairy Positif Dipilih Terus Teraju Sayap Pemuda

Diterbitkan: Rabu, 18 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin

PUTRAJAYA: Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yakin akan mengekalkan jawatannya memimpin sayap itu bagi penggal kedua berdasarkan rekod pencapaiannya walaupun dijangka menghadapi pertandingan.

Dalam temu bual khas dengan Bernama di sini Rabu, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan, berkata keyakinan itu berdasarkan beberapa elemen yang perlu diberi perhatian oleh perwakilan sekiranya mereka serius dalam memperjuang suara generasi muda.

"Saya rasa sebagai penyandang jawatan, selama empat tahun saya jadi ketua Pemuda dan tiga penggal dalam exco Pemuda...saya rasa pertama, saya ada track record, pengalaman dan sejarah perjuangan dalam Pemuda Umno.

"Yang kedua dengan peranan sebagai Menteri Belia dan Sukan, saya dapat bawa gagasan Pemuda Umno itu melalui program-program dan juga perancangan saya sebagai menteri.

"Dan yang ketiga saya kenal semua ketua-ketua Pemuda bahagian dan ada rangkaian yang saya rasa luas dalam kalangan ahli Pemuda," katanya ketika diminta mengulas peluang beliau, sekiranya wujud pertandingan, untuk mengekalkan jawatan Ketua Pemuda pada pemilihan Umno nanti.

Sebelum ini, anak bekas Setiausaha Agung Umno Tan Sri Sanusi Junid, Akramsyah dan seorang blogger, Razman Hakimi Abdullah dilaporkan berhasrat mencabar Khairy bagi jawatan nombor satu sayap itu.

Walaupun begitu, Khairy berkata beliau tidak menganggap cabaran yang diberi calon lain sebagai remeh walaupun mereka bukan anggota Exco Pemuda atau ketua bahagian.

"Sebarang cabaran politik harus dianggap serius dan kita hormati sesiapa yang menawar diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda, jadi saya serah kepada perwakilan untuk pilih," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan