Kerajaan Digesa Beri Peruntukan Lebih Besar Kepada PRDM Dalam Bajet 2014

Diterbitkan: Rabu, 18 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nur Jazlan Moham
Nur Jazlan Moham

KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed menggesa kerajaan supaya memberikan peruntukan lebih besar kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Bajet 2014 yang akan dibentangkan di Parlimen akhir Oktober ini.

Nur Jazlan berkata, penelitiannya terhadap peruntukan untuk PDRM yang berjumlah kira-kira RM90 juta untuk bajet tahun lalu ternyata tidak mencukupi.

"PDRM memerlukan peruntukan kewangan lebih besar daripada kerajaan kerana faktor keselamatan sentiasa menjadi isu yang dekat di hati rakyat serta di manipulasi oleh pembangkang," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada mStar Online di sini, pada Rabu.

Beliau berkata, isu keselamatan menjadi perkara utama yang perlu ditangani kerajaan dengan segera kerana ia bukan sahaja membabitkan kesejahteraan rakyat tetapi juga pelaburan asing.

Nur Jazlan juga memuji usaha yang dilakukan PDRM dengan mengadakan Ops Cantas Khas bagi membanteras kegiatan kongsi gelap yang dilihat berleluasa dalam tempoh dua tiga tahun kebelakangan ini.

"Pada masa sama, saya juga mahu KDN supaya meningkatkan operasi di semua pintu masuk negara bagi mencegah penyeludupan senjata api, yang dilihat begitu mudah didapati dengan pertambahan kes membabitkan pembunuh upahan.

"Atas sebab itu, adalah penting PDRM dilengkapkan dengan infrastruktur state of the art keselamatan yang diguna pakai pasukan keselamatan di negara maju," katanya.

Sehubungan itu, Nur Jazlan berkata, beliau selaku Pengerusi PAC akan mengadakan lawatan ke Bukit Aman tidak lama lagi bagi melihat keperluan sebenar PDRM terutama sekali berkaitan Unit Perintah Kawalan Komunikasi dan Integrasi Komputer (C4I).

Beliau juga dimaklumkan bahawa PDRM ada memohon peruntukan RM1.5 bilion dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) untuk melaksanakan sistem C4I ke seluruh negara.

"Saya mahu tahu pada tahap manakah pelaksanaan sistem C4I ini, adakah peruntukan ini, sudah diberikan dan bagaimana proses pelaksanaannya. Jika perlu dibantu untuk dipercepatkan , kita akan cuba bantu," katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Nur Jazlan berkata, beliau selaku Ketua Umno Bahagian Pulai memberikan sokongan terbuka kepada Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mengekalkan jawatan berkenaan dalam pemilihan parti Oktober ini.

"Kewibawaan Datuk Seri Ahmad Zahid terbukti sama ada di peringkat parti dan kerajaan, dan saya rasa perwakilan Umno dapat melihat sumbangan beliau kepada parti dan negara.

"Malah, sejak beliau memegang portfolio Menteri Dalam Negeri, rakyat mula dapat menilai dan melihat tahap keseriusan beliau dalam menangani jenayah," katanya.

Nur Jazlan mengakui bahawa Datuk Seri Ahmad Zahid adalah gandingan terbaik sebagai Naib Presiden UMNO bersama Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan