Kantin SK Seri Pristana Diperbesar, Tutup Isu Bilik Persalinan - Idris

Diterbitkan: Rabu, 18 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI BULOH: Ruang kantin Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana di sini telah ditambah sekaligus menyelesaikan isu penggunaan bilik persalinan sebagai ruang makan murid-murid.

Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata isu itu tidak perlu dibangkitkan lagi dan semua pihak perlu berusaha memupuk semangat muhibah di sekolah berkenaan.

"Kita tutup kes ini dengan program bermaaf-maafan untuk kembalikan suasana muhibah, perpaduan dan terapkan kasih sayang di sekolah ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan di SK Seri Pristana pada Selasa.

Isu murid makan di bilik persalinan SK Seri Pristana mencetuskan kontroversi berikutan tersebarnya gambar murid bukan Islam makan di bilik itu semasa bulan Ramadan Julai lalu sedangkan bilik persalinan itu dijadikan ruang makan tambahan untuk semua murid sejak beberapa bulan sebelum itu lagi.

Turut hadir Guru Besar SK Seri Pristana, Mohamad Nasir Mohd Noor, Naib yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Seri Pristana, Nor Azman Katib dan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Selangor, Shashim Shah Harun.

Idris meluangkan masa hampir dua jam meninjau keadaan kawasan kantin yang telah siap diperbesar Ogos lepas bagi menampung keperluan murid sekolah berkenaan.

Beliau berkata pihak luar tidak perlu lagi menjadi batu api dalam isu sekolah berkenaan dan memberi tekanan terhadap pihak pengurusan sekolah serta guru.

"Saya harap bermaaf-maafan ini perlu diamalkan di semua sekolah dan semua rakyat Malaysia. Janganlah melihat semua isu dalam konteks perkauman, kerana isu seperti ini (bilik persalinan) tiada kena-mengena dengan perkauman," katanya.

Dalam perkembangan lain, Idris berkata Kementerian Pendidikan akan menyelesaikan isu pertukaran guru bertugas di Sabah dan Sarawak ke Semenanjung dengan melatih lebih ramai anak tempatan dari sana.

"Dengan adanya lebih ramai guru dari Sabah dan Sarawak, kita akan dapat mengatasi isu perpindahan terlalu ramai guru di sana yang ingin balik bertugas di Semenanjung.

"Pengambilan baharu untuk melatih guru dari Sabah dan Sarawak akan dibuat tahun depan," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan