Jenazah Lelaki Tersepit Di Tingkap Akhirnya Dikebumikan

Diterbitkan: Rabu, 18 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jenazah Sherol Aizam Mohd Damanhuri, 27, yang disimpan di rumah mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh (HRPB) sejak dua bulan lalu akhirnya dituntut selepas keluarganya bersetuju untuk mengebumikannya, pada Rabu. - fotoBERNAMA
Jenazah Sherol Aizam Mohd Damanhuri, 27, yang disimpan di rumah mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh (HRPB) sejak dua bulan lalu akhirnya dituntut selepas keluarganya bersetuju untuk mengebumikannya, pada Rabu. - fotoBERNAMA

IPOH: Jenazah Sherol Aizam Mohd Damanhuri, yang dikatakan meninggal dunia selepas tersepit di palang tingkap rumah jiran yang dipecah masuk akhirnya dikebumikan, hampir dua bulan selepas kejadian itu.

Mayat lelaki berusia 27 tahun itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gurap di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini pada tengah hari Rabu.

Bapanya, Mohd Damanhuri Mohd Fuad berkata membuat keputusan untuk mengebumikan anaknya selepas berunding dengan peguam dan doktor peribadi.

"Tetapi ini tidak bermakna bahawa saya berputus asa dalam mencari kebenaran terhadap kematian anak saya," kata pemilik restoran berusia 50 tahun itu.

Sherol Aizam dijumpai tesepit di palang besi tingkap rumah jirannya di Taman SAZ, Silibin di sini pada 20 Julai.

Laporan bedah siasat mendapati Sherol Aizam meninggal dunia akibat kesukaran bernafas kerana tersepit (postur asfiksia) - yang berlaku apabila kedudukan seseorang menghalangnya bernafas secukupnya - serta tiga jenis dadah di dalam badannya.

Tidak berpuas hati kerana tidak ada jawapan terhadap kesan lebam yang didakwa ditemui pada badan anaknya, Mohd Damanhuri kemudiannya memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini untuk bedah siasat kedua dijalankan ke atas anaknya.

Permohonan itu, bagaimanapun, ditolak oleh mahkamah.

Mohd Damanhuri masih belum membuat keputusan sama ada untuk mendapatkan satu inkues kematian Sherol Aizam.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan