Jakim Bersama Pegawai Penguat Kuasa Rangka Hala Tuju Bendung Syiah

Diterbitkan: Rabu, 18 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan perjumpaan dengan pegawai pendakwa dan penguat kuasa agama minggu depan, bagi merangka kerjasama dan membentuk hala tuju, dalam tindakan membendung penyebaran fahaman Syiah dalam negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata perjumpaan yang dijadualkan Rabu itu akan merumuskan satu kesepakatan dalam menampilkan tindakan lebih efektif untuk menangani fahaman berkenaan.

Beliau berkata penyebaran fahaman yang bersifat agresif itu boleh dibendung menerusi peruntukan undang-undang sivil di bawah Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam kepada orang Islam (Negeri-negeri).

"Peruntukan di bawah undang-undang sivil memang sedia ada, cuma kini kita mahukan kerjasama negeri dalam penyelarasan tindakan. Kita mahu pihak negeri bersiap sedia mengenai perkara ini, yang juga berkaitan dengan tindakan membendung usaha memurtadkan orang Islam," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan buku bertajuk 'Mengenal Hakikat Syiah', tulisan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh di pejabat Jakim di sini.

Menurut laporan media sebelum ini, Syiah diwartakan haram oleh Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 5 Mei 1996 dan sehingga kini, 10 negeri mewartakan ajaran Syiah sebagai bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah, manakala selebihnya dalam proses pewartaan.

Jamil berkata antara kandungan buku setebal 140 muka surat terbitan pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang dilancarkan pada Rabu itu menjelaskan secara panjang lebar mengenai akidah Syiah, penyelewengan yang berlaku dalam aliran tersebut, fatwa mengenainya serta terjemahan artikel yang ditulis ilmuan Islam Syeikh Mahmood Sa'ad Nasih.

"Buku ini merupakan panduan dan penjelasan kepada masyarakat Malaysia yang menganut fahaman Ahli Al Sunnah Wal Jamaah. Kita tak mahu amalan dan pegangan Syiah yang bersifat agresif ini berkembang dalam negara," katanya.

Beliau berkata setakat ini 1,000 naskah cetakan pertama buku berkenaan akan diedar ke masjid-masjid dan mereka yang berminat boleh mendapatkannya di pejabat mufti Wilayah Persekutuan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan