Fadillah Serah Kepada Parti Sama Ada Perlu Ada Pertandingan Ketua Pemuda PBB

Diterbitkan: Rabu, 18 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) Datuk Fadillah Yusof menyerahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi parti dan pemimpin akar umbi untuk menentukan sama ada akan diadakan pertandingan bagi jawatan itu pada pemilihan Oktober ini.

Anggota Parlimen Petra Jaya itu berkata beliau sedia berkhidmat sekiranya diperlukan dan akan berundur sekiranya pertukaran kepimpinan harus dilakukan.

Fadillah yang juga Menteri Kerja Raya berkata pertandingan pada setiap pemilihan adalah kebiasaan bagi parti seperti PBB yang mengamalkan demokrasi.

"Tetapi kami juga kebiasaannya akan mengadakan perundingan sebab pada kami, demokrasi juga membuka ruang untuk perundingan dan kami akan mendengar bukan sahaja pandangan daripada pemimpin tertinggi tapi juga dari kalangan pemimpin di peringkat akar umbi.

"Dan akhirnya kalau mereka hendakkan pertandingan, itu yang terbaik dan yang diterima, maka kita akan seperti biasa adakan pertandingan dan kemungkinan juga tiada pertandingan kerana ini (juga) perkara biasa dalam PBB," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ecobuild Asia Tenggara 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini Selasa.

Program terbesar di dunia bagi reka bentuk, pembinaan dan alam bina mampan itu disertai 250 pempamer dari 22 buah negara termasuk Kanada, China dan United Kingdom. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan