Calon Tidak Perlu Dapat Ihsan Presiden - Rais

Diterbitkan: Rabu, 18 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota Umno yang ingin bertanding jawatan penting dalam pemilihan parti peringkat pusat tidak perlu mendapat pandangan atau ihsan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak, kata anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Tan Sri Dr Rais Yatim.

Bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu berkata jika berlaku, keadaan itu akan memberi makna yang tidak baik kepada pembaharuan yang sedang dibuat dan amalan demokrasi yang diamalkan Umno sekian lama.

"Saya tak fikir begitu, jika tidak, pembaharuan yang dibuat tidak akan berkesan dalam maksud mewujudkan peluang, hak dan skop untuk membawa pembaharuan kepada Umno seperti yang dimahukan Presiden parti.

"Jika itu dibuat, maka demokrasi tidak lagi membawa erti besar kepada Umno, sedangkan yang perlu adalah mereka yang ingin turut serta bertanding demi memperjuangkan bangsa, agama dan negara," katanya ketika ditemui selepas merasmikan persidangan "Law and Society, Commercial Laws and Islamic Finance" di Universiti Islam Antarabangsa (IIUM) Gombak, dekat sini Rabu.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa calon yang berminat untuk bertanding jawatan ketiga tertinggi parti perlu meminta pandangan Najib terlebih dahulu.

Rais, yang juga Penasihat Kerajaan bagi Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan berkata anggota Umno tanpa mengira jawatan perlu bersikap terbuka dalam setiap perkara, khususnya menjelang pemilihan parti Oktober ini, selaras dengan pindaan perlembagaan parti yang telah dipersetujui bersama.

"Maknanya, jika seseorang nak bertanding sama ada jawatan naib presiden, hatta presiden sekalipun, janganlah terus diberikan markah salah kepadanya... kerana itu amalan demokrasi dan jika berlaku tiada makna pindaan perlembagaan yang dibuat sebelum ini," katanya.

Berhubung dakwaan sesetengah pihak kononnya Umno tersasar dari hasratnya untuk meremajakan parti berikutan calon yang menawarkan diri bertanding jawatan naib presiden terdiri dari kalangan mereka yang berusia, Rais berkata ia sebenarnya tidak merujuk kepada usia seseorang.

"Perkataan yang digunakan Presiden bukannya lebih muda usia tetapi meremajakan Umno, maknanya sesiapa yang berada di dalamnya perlu mampu meremajakan parti melalui idea baru, cadangan kontemporari yang baharu, bukannya terarah kepada usia seseorang," katanya.

Selain Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang disebut-sebut akan bertanding jawatan itu, dua lagi calon yang mengesahkan hasrat merebut jawatan naib presiden adalah Pengerusi Risda Tan Sri Isa Samad dan bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Jawatan Naib Presiden Umno kini disandang Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Pertahanan). - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan