Anwar Kelihatan Lesu Kerana Alahan Ubat

Diterbitkan: Rabu, 18 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penampilan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu majlis di Pulau Pinang baru-baru ini yang kelihatan lesu adalah disebabkan alahan kepada sesetengah ubat yang diambilnya.

Sumber memberitahu The Star bahawa Ketua Pembangkang itu tidak menjalani sebarang pembedahan seperti yang dilaporkan oleh media.

Sebuah portal berita melaporkan Anwar tidak sihat kerana mata dan pipi beliau kelihatan bengkak dan terdapat kesan jahitan di bawah telinganya.

"Tidak, tiada sebarang kesan jahitan. Dia hanya alah kepada beberapa ubat tetapi beliau kini semakin sihat," kata sumber.

Anwar kelihatan ceria apabila menghadiri permohonan pendengaran rayuan kes liwat di Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada Selasa.

Bagaimanapun, beliau memakai cermin mata hitam untuk menyembunyikan kesan bengkak di atas pipi kanannya.

Dalam perkembangan lain, sumber turut memberitahu Anwar akan bertemu Pope Francis I di Rome pada hujung bulan ini.

Difahamkan pertemuan itu adalah sebahagian daripada dialog peringkat tertinggi di antara pemimpin Islam, Kristian dan agama lain di Rome.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan