Perjuangan Bina Bangsa & Negeri Sabah Belum Selesai - Musa Aman

Diterbitkan: Selasa, 17 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Perjuangan untuk membina bangsa dan negeri Sabah ke arah lebih maju masih belum selesai walaupun negeri ini sudah mencapai usia 50 tahun kemerdekaan, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Justeru itu beliau meminta rakyat Sabah bersatu, bagi membantu kerajaan negeri merencana dan melakukan transformasi agar pembangunan negeri, seiring pembangunan negeri lain.

"Kita perlu sedar bahawa tuntutan dan tanggungjawab untuk memerdekakan negeri ini kepada negeri yang membangun belum lagi dipenuhi sepenuhnya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian 'Program Mengenang Tokoh Negarawan' peringkat negeri yang disempurnakan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin sempena 'Sambutan 50 Tahun Hari Malaysia' di Arkib Negara cawangan Sabah di sini Selasa.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussein.

Musa mengingatkan bahawa pembangunan yang dinikmati kini adalah hasil pengorbanan dan susah payah pemimpin terdahulu yang berusaha berjuang demi mendapatkan keamanan dan keharmonian.

Program mengenang tokoh negarawan ini tepat pada masanya ketika kerajaan memberi tumpuan kepada pembentukan jati diri dan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat, katanya.

"Sebagai pewaris baharu kepada apa yang ditinggalkan, wajarlah menghargai apa yang telah terbina. Janganlah kita membiarkan sejarah yang terukir ini tenggelam oleh arus peredaran masa," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Arkib Negara Daresah Ismail berkata program itu merupakan satu daripada program memupuk semangat cintakan pemimpin dan negara terutama dalam kalangan generasi muda.

Daresah berkata program selama tiga hari itu berakhir 19 September anjuran Arkib Negara bagi mengetengahkan tokoh negarawan yang memainkan peranan dalam merealisasikan penubuhan Malaysia khususnya Allahyarham Tun Mohammad Fuad Stephens dan Allahyarham Tun Mustapha Datu Harun. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan