Felo Bakal Jawab Persoalan Fatwa Dalam Talian

Diterbitkan: Selasa, 17 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGI: Persoalan semasa dan hukum hakam mengenai fatwa akan dapat diutarakan orang ramai kepada wakil daripada Majlis Fatwa Kebangsaan secara dalam talian tidak lama lagi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir baharom berkata wakil yang dipanggil Felo Fatwa itu dilantik sebagai langkah untuk Majlis Fatwa menjawab persoalan semasa masyarakat melalui media baharu.

"Kita akan lantik Felo Fatwa yang kini telah mendapat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dari segi perjawatan dan sebagainya.

"Beliau akan berinteraksi dalam bentuk (memberi) jawapan-jawapan semasa yang mana pelantikannya dibuat oleh Majlis Fatwa dan diuruskan oleh (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) kali kedua, di sini, Selasa.

Jamil Khir berkata, Majlis Fatwa dan Jakim akan turut bergabung dengan pakar-pakar IT dalam usaha menjawab soalan-soalan semasa yang diutarakan secara langsung dalam talian.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Jerai itu berkata Felo Fatwa diperlukan agar jawapan-jawapan yang dikeluarkan diperolehi daripada sumber atau sandaran yang kukuh.

"Kita tak mahu jawapan-jawapan yang tidak bersumberkan sandaran yang kukuh, jadi pelantikan wakil daripada Majlis Fatwa dibuat untuk duduk di situ bagi menjawab persoalan semasa.

"Kita tak payah tunggu lagi dan mengambil masa yang panjang," katanya.

Bagaimanapun jelasnya, isu atau persoalan yang memerlukan fatwa diputuskan akan tetap berbalik kepada Majlis Fatwa.

Katanya, pada masa ini proses berada di peringkat mengenal pasti kelompok-kelompok yang akan bergabung dengan Ulama daripada Majlis Fatwa.

Terdahulu, dalam ucapannya beliau menasihatkan graduan-graduan ILIM yang bakal bergelar pegawai hal ehwal Islam (PHEI) meningkatkan penggunaan media sosial dalam menyampaikan khidmat nasihat dan urus tadbir kerana ia akan meningkatkan imej perkhidmatan hal ehwal Islam sekali gus mengembalikan keyakinan rakyat.

Seramai 146 orang yang mengikuti kursus Diploma Pengurusan Islam dan kursus di peringkat sijil menerima sijil masing-masing.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan