279 Jemaah Haji Kumpulan Pertama Berlepas Dari P.Pinang

Diterbitkan: Selasa, 17 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Sebanyak 279 jemaah haji, kumpulan pertama berlepas dari Lapangan Terbang Antarbangsa Pulau Pinang, memulakan perjalanan ke Madinah petang Selasa.

Timbalan Pengarah Lembaga Tabung Haji negeri Amat Kassim Pait berkata terdapat empat lagi sesi penerbangan melibatkan 830 jemaah haji Pulau Pinang antara Rabu dan 1 Oktober.

"Mereka dijadual bertolak pukul 1.05 petang ini dan operasi membawa pulang jemaah haji bagi kumpulan pertama akan bermula 1 November," katanya kepada pemberita dalam Majlis Pelepasan Jemaah Haji 1434 Hijrah di sini Selasa.

Beliau berkata sebahagian besar daripada jemaah haji berkenaan datang dari Perak (97), Pulau Pinang (96), Kedah (76), Perlis (5), Kuala Lumpur (2), Selangor (1) dan Kelantan (2).

Sementara itu, seorang jemaah Syajaratun Naim Abdullah, 33, dari Guar Chempedak, Kedah bersyukur kerana hasrat menunaikan haji pada usia muda bersama suami, Mohamad Ridhuwan Abdul Rahim, 32, akhirnya tercapai.

"Sejak 2008 kami sudah berazam untuk ke tanah suci. Perasaan saya berdebar-debar dan berharap dipermudah segala urusan sepanjang menjalani ibadah di sana nanti," katanya yang bekerja sebagai pembantu tadbir di sebuah sekolah di Selangor.

Bagi Mat Jalani Sulaiman, 65, walaupun tidak berupaya berjalan dengan baik dan keseorangan mengerjakan Rukun Islam kelima itu, beliau tetap bersemangat serta yakin dengan pertolongan Allah kepada hambanya yang bersabar.

Seorang pesara kakitangan awam berkata beliau mengumpul wang selama 20 tahun walaupun beliau mengalami masalah urat saraf sejak setahun lalu.

"Pak cik telah tunggu lama untuk dapatkan giliran ini mudah-mudahan Allah bagi pak cik kesihatan yang baik supaya boleh buat amal dengan sempurna," katanya yang datang dari Bagan Serai, Perak. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan