Rosnah Sangkal Dakwaan Azalina Tarik Diri Kerana Campur Tangan Dalaman

Diterbitkan: Isnin, 16 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PAPAR: Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menyangkal dakwaan wujud campur tangan dalaman di sebalik tindakan Datuk Seri Azalina Othman Said menarik diri daripada pertandingan jawatan ketua Wanita Umno bulan depan.

"Kepimpinan Umno sentiasa berpegang kepada prinsip demokrasi serta bersikap terbuka, terpulang kepada hak individu mahu bertanding atau menarik diri kerana yang menentukan semuanya adalah di hari penyerahan borang pencalonan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Lambaian Merdeka Raya di Kampung Pengalat Besar, dekat sini Ahad.

Katanya beliau percaya keputusan Azalina yang merupakan bekas Ketua Puteri Umno itu didorong kesedaran bahawa tindakan berkenaan hanya akan mewujudkan perpecahan dalam kalangan Wanita Umno.

Mengulas lanjut, Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya, berkata sepatutnya tindakan Azalina itu dilihat secara positif. "Itu satu tindakan terbaik," katanya.

Azalina sebelum ini dilapor menarik diri daripada mencabar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk jawatan ketua Wanita Umno pada pemilihan bulan depan selepas berbincang dengan pemimpin tertinggi parti.

Beliau bagaimanapun akan mempertahankan kerusi anggota Majlis Tertingginya. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan