Rakyat M'sia Dituduh Atur Keputusan Perlawanan Bola Sepak Di Melbourne

Diterbitkan: Isnin, 16 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELBOURNE: Seorang rakyat Malaysia dituduh menjadi tenaga penting dalam sindiket mengatur keputusan perlawanan bola sepak di negeri Victoria dan merupakan "orang besar" dalam kegiatan itu.

Australian Associated Press (AAP) melaporkan Mahkamah Majistret Melbourne hari ini diberitahu bahawa Segaran G. Subramaniam menerima arahan daripada pihak tertentu dari Hungary dan Malaysia supaya menetapkan keputusan perlawanan bola sepak melibatkan pasukan Southern Stars.

Subramaniam, 45, dituduh menyampaikan perkara berkenaan kepada jurulatih pasukan dalam Liga Premier Victoria itu dan beberapa pemain.

Mahkamah itu diberitahu bahawa antara arahan berkenaan ialah agar pasukan itu kalah 4-0.

Pemangku Sarjan Polis Detektif Scott Poynder memberitahu mahkamah bahawa Subramaniam adalah orang penting sindiket itu di Australia.

AAP berkata, Subramaniam menghadapi 10 tuduhan, termasuk lima tuduhan kerana terlibat dengan perbuatan menyeleweng atau boleh menyelewengkan keputusan sesuatu pertaruhan dan lima tuduhan menganjurkan perbuatan yang menyeleweng atau boleh menyelewengkan keputusan sesuatu pertaruhan.

Subramaniam memohon kebenaran ikat jamin pada Isnin, tetapi polis mendakwa mereka menemukan resit bagi transaksi mata wang luar negara melibatkan lebih A$200,000 (RM616,000) di sebuah rumah yang disewanya di Clayton South di sini.

Poynder berkata, sekiranya Subramaniam dibenarkan diikat jamin, tertuduh berkemungkinan meninggalkan Australia.

Katanya, Subramaniam tidak mempunyai ikatan dengan Australia dan sudah menempah tiket untuk meninggalkan negara ini malam Isnin.

Timbalan Ketua Mejistret Jelena Popovic menangguhkan keputusan permohonan itu hingga Jumaat sementara menunggu polis mendapatkan lebih banyak maklumat tentang kedudukan kewangan Subramaniam. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan