Lajim Dinasihati Jangan Campuri Urusan RCI

Diterbitkan: Isnin, 16 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PAPAR: Seorang pemimpin kanan Sabah pada Isnin menasihati Pengerusi PKR Sabah Datuk Seri Lajim Ukin supaya tidak mempersoalkan keupayaan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat masalah pendatang asing di Sabah.

Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional Sabah Datuk Abdul Rahim Ismail berkata RCI adalah badan berwibawa yang ditauliahkan untuk menyiasat masalah pendatang asing di Sabah dan sepatutnya dihormati semua pihak.

"Terpulanglah kepada RCI untuk mengadili sama ada seseorang yang dipanggil memberi keterangan itu bercakap benar atau sebaliknya.

"Pemimpin-pemimpin politik terutama sekali daripada pembangkang tidak perlu campur tangan dengan urusan RCI," kata Rahim, yang juga Adun Pantai Manis, kepada Bernama, di sini Isnin.

Bekas Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri itu mengulas kenyataan Lajim yang kecewa dengan keterangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada RCI yang menafikan beliau telah mengeluarkan arahan berhubung 'Projek IC'.

Dr Mahathir dalam keterangannya kepada RCI menafikan beliau berperanan dalam apa yang dikatakan Projek IC, dengan kad pengenalan diberikan kepada pendatang asing untuk membolehkan mereka menjadi pemilih.

RCI yang bermula sejak Januari, menyiasat dakwaan bahawa kewarganegaraan diberikan kepada pendatang asing tanpa izin di Sabah semasa pentadbiran Dr Mahathir.

Rahim juga mempersoalkan agenda di sebalik kenyataan pengerusi PKR Sabah itu yang kelihatan cuba memperkecil-kecilkan peranan dan tanggungjawab RCI.

"Lajim mungkin membuat kenyataan itu semata-mata mahu mengalih perhatian orang ramai supaya melupakan segala janji PKR semasa pilihan raya umum lepas.

"Saya nasihatkan beliau (Lajim) supaya tidak terlalu ghairah untuk mencari kesalahan pihak lain. Lebih baik beliau memikirkan bagaimana hendak memajukan rakyat di kawasan yang dimenangi parti pembangkang," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan