Kaum Lain Yang Masih Tercicir Juga Perlu Dibela - Subramaniam

Diterbitkan: Isnin, 16 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MIC mahu kerajaan supaya turut menggariskan rancangan untuk memperkasa kaum lain yang masih ketinggalan status sosioekonomi mereka.

Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata terdapat banyak kumpulan dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini yang juga masih memerlukan perhatian wajar daripada kerajaan.

"Kita tidak ada halangan terhadap usaha yang diambil kerajaan (untuk memperkasa ekonomi Bumiputera), tapi pada masa sama, saya mahu ingatkan kerajaan bahawa dalam setiap masyarakat, ada golongan yang masih terpinggir, khasnya kaum India.

"Saya harap rancangan besar-besaran seperti itu juga dapat disediakan kepada kaum India bagi memastikan masyarakat India dapat membangun," katanya kepada wartawan selepas menghadiri upacara keagamaan di Kuil Hindu Vinayagar Kasipillai di sini Isnin.

Beliau diminta mengulas mengenai Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Sabtu lepas.

Dr Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan berkata beliau memohon peruntukan lebih besar di bawah Belanjawan 2014 untuk membolehkan kementerian itu melakukan kerja menaik taraf infrastruktur hospital.

Katanya banyak hospital dan klinik khasnya yang terletak di luar bandar perlu dibaiki bagi memastikan perkhidmatan kesihatan terbaik diberi kepada rakyat.

Kementerian Kesihatan menerima peruntukan RM20 bilion dalam Belanjawan 2013 dan kebanyakan peruntukan itu dibelanja untuk menampung subsidi ubat.

Dalam hal lain, beliau turut menggesa supaya pemimpin dan pihak pengurusan kuil Hindu sentiasa menguruskan aktiviti kuil mengikut lunas undang-undang dan ajaran agama Hindu yang sebenarnya.

Selain sebagai institusi keagamaan, katanya kuil boleh dibangunkan sebagai platform untuk mendidik dan memperkaya ilmu anak muda kaum India. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan