Ulama Perlu Pegang Dua Jawatan Tertinggi PAS

Diterbitkan: Ahad, 15 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Mulataqa Ulamak Se-Malaysia PAS bersetuju dua jawatan tertinggi dalam PAS harus dipegang oleh golongan ulama.

Perkara itu antara lapan resolusi yang diluluskan perhimpunan tersebut yang berlangsung di sini, Sabtu.

Mengulas perkara berkenaan kepada pemberita kemudian, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu tidak mendesak anggotanya dalam menentukan siapa presiden dan timbalan presiden.

"Kita amalkan sifat keterbukaan supaya mereka boleh menilai dan memilih sendiri siapa yang layak. Pintu untuk memegang jawatan ini tidak pernah ditutup kepada mana-mana anggota yang layak," katanya yang ditemui selepas majlis penutup mulataqa itu.

PAS akan menghadapi pemilihan pucuk pimpinannya pada muktamar yang dijadualkan November ini.

Resolusi lain yang diluluskan oleh mulataqa itu termasuk meminta PAS melihat semula tahaluf siyasi (kerjasama politik) bersama pakatan pembangkang, serta menyarankan agar negeri-negeri yang ditadbir pembangkang memberi ruang munasabah kepada ulama haraki PAS.

Mulataqa juga mahu ulama haraki PAS mengukuhkan gerak kerja menghadapi dan menangani pemikiran yang merosakkan umat Islam. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan