Teng Dipilih Sebagai Pengerusi Gerakan Pulau Pinang

Diterbitkan: Ahad, 15 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Teng Chang Yeow.
Teng Chang Yeow.

GEORGE TOWN: Bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow kini merupakan pengerusi baru bagi Gerakan Pulau Pinang.

Beliau menewaskan Ketua Biro Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Gerakan negeri, Baljit Singh dalam pertandingan satu lawan satu dengan majoriti 114 undi untuk jawatan itu yang sebelum ini disandang oleh Datuk Dr Teng Hock Nan.

Teng menerima 220 undi manakala Baljit Singh dengan 106 undi.

Terdapat dua undi rosak.

Kehadiran pengundi adalah 82 peratus.

Seramai 328 daripada 399 perwakilan dijangka hadir untuk membuang undi pada persidangan perwakilan negeri di ibu pejabat Gerakan Pulau Pinang di Jalan Macalister pada Ahad.

Enam ahli jawatankuasa negeri yang baru dilantik ialah Dr Thor Teong Gee, Tan Kah Leong, Ng Siew Lai, Puvaniten M. Helan Govan, Lee Boon Ten dan Teh Kheng Siong.

Mereka merupakan antara 12 calon yang bertanding untuk jawatan itu.

Teng berkata, pemilihan parti tahun ini melibatkan 13 bahagian dan 198 cawangan dan sebahagian besar pemimpin-pemimpin baru dan muda mengambil alih kepimpinan dalam parti.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan