Tempoh Mesyuarat Umno Cawangan Berakhir Tengah Malam Ini

Diterbitkan: Ahad, 15 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hampir kesemua cawangan Umno yang layak bermesyuarat dijangka selesai berbuat demikian tengah malam ini selepas tempoh dua bulan yang diperuntukkan tamat.

Umno sebelum ini memperuntukkan mesyuarat cawangan diadakan dari 15 Julai hingga 31 Ogos lepas, namun melanjutkannya sehingga tengah malam 15 Sept susulan permintaan daripada anggota selepas mempertimbangkan sambutan Aidilfitri dan ulang tahun kemerdekaan negara.

Jurucakap Umno memberitahu Bernama di sini, maklumat mengenai jumlah sebenar cawangan yang mengadakan mesyuarat akan diketahui Selasa ini.

Umno mempunyai 20,080 cawangan namun tidak semua layak bermesyuarat atas beberapa faktor termasuk ada yang digantung.

Di KUALA LUMPUR, Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Datuk Syed Ali Alhabshee berkata semua 607 cawangan telah selesai mengadakan mesyuarat perwakilan masing-masing.

Antara isu yang dibangkitkan ialah terdapat nama anggota berdaftar yang tidak tersenarai, selain ada anggota dimasukkan di bawah cawangan lain tanpa pengetahuan, katanya kepada Bernama.

Semua isu dan masalah yang dibangkitkan akan dikumpul dan diserahkan kepada ibu pejabat Umno pada Selasa ini untuk tindakan lanjut, katanya.

Di SHAH ALAM, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata hampir 95 peratus daripada 2,333 cawangan di negeri itu selesai mengadakan mesyuarat agung masing-masing.

"Saya lihat ada beberapa cawangan yang sebelum ini tidak dapat mengadakan mesyuarat kerana tidak cukup korum tetapi hari ini cawangan terbabit telah mengadakan mesyuarat semula," katanya.

Di GEORGE TOWN, jumlah cawangan yang tidak dapat bermesyuarat tidak sampai lima peratus daripada 665 cawangan di Pulau Pinang, kata Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Beliau berkata pihaknya akan memohon kepada Majlis Tertinggi (MT) untuk melanjutkan tempoh itu bagi membolehkan cawangan yang terlibat mengadakan mesyuarat.

Di MELAKA, lebih 95 peratus daripada 411 cawangan Umno di negeri itu telah selesai mengadakan mesyuarat masing-masing setakat pukul 3 petang tadi.

Setiausaha Kerja Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Akbar Ali berkata pihaknya akan merujuk cawangan yang tidak boleh bermesyuarat disebabkan tidak cukup korum atau masalah teknikal kepada ibu pejabat, untuk tindakan selanjutnya.

Di KOTA BAHARU, sebanyak 98 peratus daripada 2,208 cawangan Umno di Kelantan selesai mengadakan mesyuarat agung masing-masing, menurut Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Noor Zahidi Omar. Katanya pada keseluruhannya, mesyuarat agung peringkat cawangan di negeri itu berjalan lancar.

Di KOTA KINABALU, Setiausaha Kerja Umno Sabah Datuk Kadzim M. Yahya berkata hampir semua lebih 5,000 cawangan Umno di Sabah selesai mengadakan mesyuarat perwakilan masing-masing.

Walaupun bagaimanapun terdapat beberapa cawangan yang mungkin mengadakan semula mesyuarat atau ditangguhkan mesyuarat atas sebab-sebab teknikal, katanya.

Sabah merupakan antara negeri yang mempunyai anggota Umno terbanyak dengan lebih 450,000 orang.

Di SEREMBAN, hanya dua daripada 617 cawangan Umno di Negeri Sembilan belum mengadakan mesyuarat kerana menghadapi masalah keanggotaan dan bantahan.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Hasim Rusdi berkata msalah di dua cawangan ini akan diputuskan oleh pengurusan tertinggi parti.

Sementara itu di KUALA TERENGGANU, hanya empat lagi daripada 1,027 cawangan di Terengganu belum mengadakan mesyuarat mereka, namun tiga daripadanya akan bermesyuarat malam ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Mesyuarat Pemilihan Umno Negeri Terengganu Datuk Muda Mamat.

Hanya Cawangan Umno Gong Datuk menghadapi masalah dan digantung daripada mengadakan mesyuarat agung, katanya.

Di KUANTAN, hampir 90 peratus daripada 1,097 cawangan seluruh Pahang selesai bermesyuarat kata Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri itu Datuk Rahim Abas.

Di IPOH, sebanyak 1,634 daripada 1,689 cawangan Umno di negeri ini telah selesai mengadakan mesyuarat masing-masing sehingga kini.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Perak Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib berkata terdapat dua lagi cawangan iaitu di Bagan Serai dan Bagan Datoh dijangka selesai mesyuarat malam ini.

"Setakat ini perjalananan mesyuarat berjalan lancar, namun sebanyak 53 cawangan layak bersidang tetapi gagal bersidang kerana anggota kurang 50 orang dan tidak bersidang melebihi empat tahun katanya," katanya ketika dihubungi Bernama.

Di KANGAR, terdapat beberapa cawangan di Perlis perlu bermesyuarat semula kata Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Mat Rawi Kassim.

Ini kerana katanya ada anggota tidak berpuas hati dengan perjalanan mesyuarat terbabit. Umno Perlis mempunyai lebih 300 cawangan.

Di ALOR SETAR, cawangan yang mendapat bantahan daripada anggotanya akan dirujuk dalam mesyuarat khas pemilihan peringkat negeri, Selasa ini, kata Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Othman Aziz. "Kita akan selesaikan di peringkat perhubungan negeri. Sekiranya gagal barulah dirujuk kepada Ibu Pejabat Umno," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Di PUTRAJAYA, Timbalan Ketua Umno Bahagian Putrajaya Datuk Khairudin Samad berkata 40 daripada 43 cawangan Umno yang layak bersidang sudah selesai mengadakan mesyuarat agung masing-masing.

"Tiga lagi cawangan tidak bermesyuarat berikutan masalah teknikal,"katanya ketika dihubungi di sini. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan