Semua Jawatan Dalam PBS Dijangka Ditandingi Kecuali Presiden

Diterbitkan: Ahad, 15 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TONGOD: Semua jawatan Majlis Tertinggi (MT) Parti Bersatu Sabah (PBS) dijangka ditandingi kecuali bagi jawatan presiden pada persidangan perwakilan selama tiga hari mulai 21 Oktober ini.

Setiausaha Agung PBS Datuk Henrynus Amin said berkata MT PBS berkata perkara itu dipersetujui sebulat suara semasa mesyuarat agung MT PBS yang dipengerusikan presiden parti Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Beliau berkata cadangan untuk pertandingan terbuka itu mendapat sokongan beberapa ketua bahagian termasuk ketua bahagian Pantai Manis, Liawan, Melalap dan Bingkor seperti yang dinyatakan dalam kenyataan akhbar mereka.

"Ini petunjuk jelas bahawa pemimpin akaar umbi dan bahagian PBS mahukan pertandingan terbuka bagi membolehkan mereka melaksana hak mereka untuk memilih pemimpin yang mereka mahu," katanya semasa merasmikan mesyuarat agung tahunan bahagian Kuamut di sini, Ahad.

Henrynus juga berkata sehingga kini tiada bahagian yang meminta sebarang jawatan timbalan presiden tidak dipertandingkan.

Beliau berkata semasa mesyuarat MT baharu-baharu ini, Pairin telah memberi persetujuan kepada pertandingan terbuka selari dengan prinsip demokrasi yng diamalkan parti dan peruntukan Perlembagaan PBS yang membenarkan pemilihan parti setiap tiga tahun bagi membolehkan pemimpin agar umbi membentuk arah masa depan parti. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan