'Saya Tidak Ada Laman Facebook' - Ambiga

Diterbitkan: Ahad, 15 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ambiga.
Ambiga.

PETALING JAYA: Datuk Ambiga Sreenevasan menjauhkan dirinya dari laman Facebook popular yang didakwa menyiarkan kenyataan menggunakan namanya.

Meluahhkan perasaan terkejutnya, pengerusi bersama Bersih itu memberi amaran kepada pengguna Internet supaya tidak mempercayai mesej oleh laman-laman yang mempunyai nama beliau kerana beliau tidak pernah mempunyai Facebook.

Halaman di laman web rangkaian sosial yang dikenali sebagai "I Like Ambiga Sreenevasan" mempunyai 13,224 orang dan aktif sejak 2011.

Terdapat ringkasan pencapaian pengerusi bersama Bersih itu dalam halaman profil halaman dan alamat rumah, yang menurut Ambiga kata boleh menjadi ibu pejabat untuk Bersih 2.0 dan Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower).

Sekali imbas, halaman tersebut kelihatan seperti laman untuk peminat tetapi kenyataan yang ditulis di laman itu seolah-olah ia datang dari Ambiga atau sumber rasmi.

Antara kenyataan itu adalah "Saya telah melakukan semua yang saya boleh, saya akan sentiasa berkhidmat untuk rakyat!" yang dicatatkan pada menjelang perhimpunan Bersih 3.0 dan "Tolong jangan tulis / komen berbaur kebencian atau perkauman di laman saya. Semua komen yang tidak sepatutnya akan diharamkan selama-lamanya!"

Paling terbaru, pentadbir halaman itu menulis "Kami menerima beribu-ribu cadangan dan permintaan untuk menjadi penganjur bagi satu lagi perhimpunan besar-besaran terhadap pilihanraya yang bersih dan adil. Apa yang anda perlu katakan? pada April lalu, dan "Anda semua, sila berada di rumah sekarang!" yang dinyatakan sebelum pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Ambiga memberitahu The Star bahawa beliau hanya mendapat tahu mengenai halaman itu selepas diberitahu oleh seseorang dalam mesyuarat minggu lalu.

"Saya tidak ada Facebook kerana saya mempunyai beberapa isu dengan keselamatan, tetapi saya mempunyai Twitter."

Bagaimanapun, beliau berkata, beliau tidak percaya terdapat niat bagi halaman itu untuk mengelirukan sesiapa kerana ia seolah-olah menyiarkan semula maklumat daripada laman web Bersih.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata, pihak berkuasa akan meneliti halaman berkenaan.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan