Proses Edar Borang Pemilihan Umno Hari Pertama Lancar

Diterbitkan: Ahad, 15 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Proses pengedaran borang pendaftaran calon bagi pemilihan Umno peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi (MT) serta jawatan dalam ketiga-tiga sayapnya pada Sabtu berjalan lancar.

Setiausaha Kerja Umno Datuk Abd Rauf Yusoh berkata, parti itu menyediakan lebih 4,000 borang untuk pemilihan peringkat pusat dan 100,000 borang untuk 191 bahagiannya.

Borang-borang itu boleh didapati mulai hari ini di Aras 4 Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra atau di pejabat bahagian masing-masing sehingga Jumaat depan sebelum tarikh penyerahan pada 21 September ini, katanya kepada pemberita, di sini.

Borang untuk bertanding peringkat MT dan jawatan tertinggi ketiga-tiga sayap hanya boleh diperoleh di ibu pejabat Umno di sini, sementara borang pencalonan untuk peringkat bahagian serta ketiga-tiga sayap di bahagian boleh didapati di ibu pejabat Umno peringkat negeri.

Di KUALA LUMPUR, sebanyak 31 orang mengambil borang pendaftaran untuk bertanding jawatan Majlis Tertinggi Umno dan exco ketiga-tiga sayap parti itu sehingga kaunter ditutup pada pukul 5 petang Sabtu.

Sebanyak 83 lagi mengambil borang pencalonan bagi jawatan dalam pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri.

Di SELANGOR, setiap bahagiannya diberi 500 daripada 11,000 borang pendaftaran pencalonan yang disediakan mulai hari ini, menurut Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Johan Abd Aziz.

Sementara di PERAK, Umno negeri itu menerima 12,000 borang pendaftaran untuk yang diagih kepada 24 bahagian, kata Setiausaha Umno Perak Datuk Khusairi Talib.

Antara yang telah mengambil borang hari ini ialah Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang akan mempertahankan jawatan sebagai ketua Umno Bahagian Bagan Datoh.

Ahmad Zahid juga mengesahkan kepada Bernama, wakilnya turut mengambil borang pencalonan bagi beliau mempertahankan jawatan naib presiden Umno.

Ketua Umno Perak Datuk Rusnah Kassim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Integrasi Nasional pula mengesahkan beliau akan mempertahankan jawatan Exco Wanita Umno.

Di MELAKA, Setiausaha Badan Perhubungan Umno Melaka Datuk Akhbar Ali berkata kira-kira 3,000 borang telah diagihkan kepada enam bahagiannya di negeri itu.

"Proses penyerahan borang kepada bahagian serta daripada bahagian kepada calon juga berjalan lancar, tiada masalah dilaporkan kepada saya hari ini," katanya.

Bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang bakal bertanding jawatan naib presiden dan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin yang akan menandingi jawatan ketua Puteri Umno, telah mengambil borang pencalonan masing-masing di ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur.

Di TERENGGANU, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Negeri Terengganu Datuk Muda Mamat berkata pihaknya mengagihkan sebanyak 500 borang kepada setiap bahagian di negeri itu.

"Masing-masing sebanyak 100 borang untuk Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri manakala 200 borang untuk cawangan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Umno Terengganu mempunyai lapan bahagian iaitu Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

Sementara itu, di PERLIS ratusan anggota Umno mula mendapatkan borang pendaftaran calon di pejabat Umno negeri. Umno Perlis diperuntuk 1,500 borang untuk diagih ke semua tiga bahagiannya.

Di KEDAH, Umno negeri itu menyediakan 5,000 borang pendaftaran kepada anggotanya untuk bertanding merebut jawatan dalam jawatankuasa peringkat bahagian, kata Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri itu, Datuk Othman Aziz.

Beliau berkata sebanyak 300 borang diagihkan kepada setiap bahagian, manakala 500 borang lagi untuk simpanan jika terdapat masalah.

Di KELANTAN, sebanyak 7,000 borang pendaftaran telah disediakan, dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata 500 borang diagih kepada setiap bahagian dan calon-calon perlu menyerahkannya sebelum pukul 5 petang, 21 September ini.

"Borang-borang berkenaan boleh didapati bangunan Umno negeri dan pejabat Umno bahagian masing-masing," katanya.

Di SABAH sebanyak 12,500 borang pendaftaran calon telah diagih kepada semua 25 Umno bahagian di negeri itu dengan setiap bahagian mendapat 500 borang, kata Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Yahya Hussin.

Di NEGERI SEMBILAN, Pengerusi Umno negeri Datuk Seri Mohamad Hasan memberitahu pemberita proses pengambilan borang pendaftaran calon berjalan lancar.

Antara yang dilihat mengambil borang pendaftaran itu ialah bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Chembong Datuk Mohamad Rais Zainuddin yang berhasrat mencabar Mohamad untuk jawatan ketua Bahagian Rembau.

Di PUTRAJAYA, kira-kira 100 borang diagih kepada calon, menurut Timbalan Ketua Umno bahagian itu Datuk Khairudin Samad.

Umno bahagian itu mempunyai 44 cawangan dan diketuai Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang dipercayai tidak akan dicabar.

Pada Oktober ini, buat pertama kali pemilihan jawatan tertinggi parti itu termasuk presiden dan timbalan presiden, akan dibuat oleh kira-kira 140,000 anggota Umno di peringkat akar umbi dari 191 bahagian.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan