Pintu Pendamaian Masih Terbuka - Presiden LDP

Diterbitkan: Ahad, 15 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk V.K Liew berkata pintu pendamaian masih terbuka kepada mereka yang cuba "merampas" kuasa daripadanya.

Katanya walaupun pihak terbabit tidak memberi respons kepada usahanya untuk berbincang, beliau yakin masih ada ruang untuk kemelut dalaman parti itu diselesaikan secara baik.

"Walaupun mereka tidak membalas panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) saya, pintu pendamaian masih terbuka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat agung tahunan LDP Bahagian Kapayan, di sini, Ahad.

Liew diminta mengulas sama ada masih ada ruang pendamaian antara beliau dan puak yang dipimpin oleh bekas Timbalan Presiden Datuk Chin Su Phin yang pada 10 Sept lalu mengisytiharkan dirinya pemangku presiden parti itu.

Liew juga berkata mungkin ada baiknya jika ditetapkan tempoh bagi penyandang termasuk presiden, boleh memegang satu-satu jawatan dalam parti itu.

"Mungkin boleh dihadkan kepada dua atau tiga penggal, tetapi ini terserah pada dewan tertinggi parti untuk membuat keputusan. Saya bukan tamak atau gila untuk terus memegang jawatan presiden dan saya telah menyediakan pelan peralihan pada Mei lepas. "Kalaulah pelan peralihan itu diterima atau dewan tertinggi memutuskan lebih awal resolusi tiada pertandingan berkenaan, sudah pasti kemelut ini tidak timbul," katanya.

Liew berkata perlembagaan parti sekarang menetapkan tempoh lima penggal namun tiada peruntukan mengenai mengehadkan tempoh itu.

"Barangkali sudah tiba masa untuk meminda perlembagaan itu. Ini perlu dilihat oleh dewan tertinggi parti," katanya.

Terdahulu ketika berucap, Liew berkata perisytiharan Chin sebagai pemangku presiden LDP tidak sah kerana beliau sudah digantung daripada semua jawatannya oleh majlis presiden pada 31 Ogos lepas.

"Sehubungan itu apa juga kenyataan yang dibuat oleh beliau atas kapasiti pemangku presiden tidak mempunyai kesan terhadap parti atau anggota sedia ada," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan