Musa Aman Tidak Akan Tandingi Naib Presiden Atau MT - Berita Semasa | mStar

Musa Aman Tidak Akan Tandingi Naib Presiden Atau MT

Diterbitkan: Ahad, 15 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Musa Aman
Musa Aman

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata beliau tidak akan menandingi jawatan naib presiden atau anggota Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan Umno bulan depan.

"Selepas mempertimbangkan sedalam-dalamnya selain berbincang dengan rakan-rakan dalam parti termasuk exco Umno Sabah, saya memutuskan untuk tidak bertanding bagi kedua-dua jawatan itu," katanya dalam kenyataan, di sini.

Musa yang juga Pengerusi Umno Sabah berkata masih ada terlalu banyak perkara yang harus dilakukannya untuk membangunkan Sabah dan meningkatkan kualiti hidup rakyat di negeri itu.

"Tugas ini memerlukan tumpuan dan komitmen penuh saya," katanya menambah beliau juga sudah memaklumkan kepada Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai keputusannya itu.

Katanya Umno Sabah juga berpegang kepada pendirian bahawa jawatan presiden dan timbalan presiden tidak harus dicabar. "Saya komited kepada Umno dan perjuangannya dan akan memberi sepenuh sokongan kepada kepimpinan parti di bawah Datuk Seri Najib," katanya.

Musa juga berterima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan kepada beliau untuk bertanding di peringkat pusat.

"Ini keputusan muktamad saya," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan