Khairy Mahu Jadikan Pemuda Umno Lebih Sederhana

Diterbitkan: Ahad, 15 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Khairy Jamaluddin. Foto MOHD SAHAR MISNI/ THE STAR
Khairy Jamaluddin. Foto MOHD SAHAR MISNI/ THE STAR

PUTRAJAYA: Khairy Jamaluddin, yang kelihatan bersedia untuk menang tanpa bertanding sebagai Ketua Pemuda Umno akan menggunakan penggal keduanya untuk memupuk pendekatan yang lebih sederhana untuk sayap yang secara tradisinya menjadi kumpulan berpengaruh.

Beliau berkata, kelantangan bersuara dalam menyatakan sentimen berhaluan kanan dalam mempertahankan kepentingan parti tidak lagi sesuai.

"Saya cuba untuk menukar DNA Pemuda Umno dari kebanyakannya berhaluan kanan dan sentrik Melayu kepada sayap lebih seimbang yang memberi tumpuan kepada isu-isu dan penyelesaian mereka," kata Khairy dalam satu wawancara.

Dengan pencalonan pada Sabtu depan, Khairy belum lagi dicabar untuk jawatan yang dimenanginya pada pemilihan 2009, yang menewaskan Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.

Khairy menegaskan bahawa beliau tidak akan bertolak ansur dengan perjuangan utama parti itu untuk mempertahankan kepentingan Islam, orang Melayu dan negara.

"Kami masih akan berjuang untuk memberi kuasa kepada masyarakat Melayu, melindungi kesucian Islam dan mempertahankan negara ini, tetapi cara yang kita lakukan ini mestilah berbeza," katanya.

Satu rancangan beliau dalam mengorientasi semula sayap adalah menubuhkan 'institusi melengkapkan diri' untuk melahirkan bakal pemimpin muda yang akan dikenal pasti dari kalangan Pemuda Umno dan Puteri Umno dan dari kalangan ahli-ahli baru yang masih menuntut di universiti.

Institusi itu akan mendedahkan ahli-ahli iaitu apa yang dikatakan Khairy sebagai " politik baru" dan akan melatih mereka mengenai topik-topik seperti hak asasi manusia, hubungan media dan media sosial.

"Apa yang saya boleh lakukan untuk mengubah DNA Pemuda Umno ini akan saya lakukan dalam tempoh terakhir ini dan satu cara yang saya mahu untuk melakukannya adalah dengan membentuk semula modul latihan pendidikan politik kami untuk kegunaan dalam pelan itu," katanya.

Beliau menambah, kedua-dua Presiden dan Timbalan Presiden Umno bersetuju dengan cadangan untuk menubuhkan institusi yang akan diketuai oleh ahli majlis tertinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Khairy yang berusia 37 tahun itu mengakui bahawa pendekatan politik tidak akan dilakukan dengan baik menerusi konservatif dalam parti yang menuduhnya terlalu liberal dalam pandangan beliau.

"Saya mendapat pelbagai panggilan, tetapi saya fikir ini adalah cara untuk ke hadapan. Jika saya mendapat penggal kedua ini saya akan berusia 41 tahun pada akhir penggal itu, yang merupakan umur yang tepat bagi saya untuk meninggalkan Pemuda Umno."

"Apa yang saya mahu lakukan ialah memastikan perubahan saya lakukan ini kekal selepas ketiadaan saya."

Pada pertandingan untuk jawatan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy berkata, beliau menyokong keempat-empat calon dan akan menerima sesiapa sahaja yang dipilih oleh para perwakilan untuk menjadi orang kanannya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan