KDN Setuju Cadangan Bina Tembok Sempadan Malaysia-Thailand Di Kelantan

Diterbitkan: Ahad, 15 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersetuju dengan cadangan polis Kelantan agar kerajaan membina tembok dan pagar di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini bagi mengekang masalah penyeludupan dadah dan senjata api.

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan segera berunding dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melaksanakan cadangan itu di sempadan sepanjang 121 kilometer di negeri ini.

"Selain itu KDN juga akan mewartakan sepanjang tebing sungai di sempadan itu sebagai kawasan keselamatan dan cadangan ini perlu disegerakan," katanya selepas mendengar taklimat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, Sabtu.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim dan semua Ketua Polis Daerah di negeri itu.

Beliau berkata jika semua cadangan itu menjadi kenyataan, semua pangkalan haram di sepanjang sempadan itu akan lumpuh.

"Kita memahami jika keadaan itu berlaku, ia akan menjejaskan aktiviti ekonomi penduduk tetapi mana yang lebih penting apakah mahu meneruskan aktiviti seperti itu atau melumpuhkan kegiatan penyeludupan senjata api dan dadah," katanya.

Menurutnya kerajaan tidak boleh mengambil kira faktor ekonomi semata-mata tanpa melihat isu keselamatan yang menjadi tunjang dan rakyat negeri itu perlu diberi keutamaan bagi mereka merasa selamat dan selesa melakukan aktiviti seharian.

Selain cadangan pembinaan tembok dan pagar, Ahmad Zahid berkata polis Kelantan juga memohon tambahan 500 anggota polis sukarela (PVR) untuk menjadikan jumlah 1,220 anggota.

Justeru itu, beliau mempelawa orang ramai menyertai pasukan PVR.

Beliau juga berkata kementerian juga akan akan memberi keutamaan kepada soal kebajikan anggota polis seperi menyediakan kediaman yang lebih selesa dan menaik taraf beberapa Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan balai polis yang berada dalam keadaan daif.

"Selepas ini saya akan akan turun lagi tetapi tidak ke IPK (Ibu Pejabat Kontinjen) tetapi ke IPD dan balai polis untuk melihat operasi yang dibuat mereka dan juga untuk menambah jawatan anggota mengikut kesesuaian seperti yang diminta," katanya.

Sementara itu, beliau berkata kadar jenayah keseluruhan di Kelantan telah menurun sebanyak tujuh peratus sejak Ops Cantas dilancarkan pada 17 Ogos lepas. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan