Individu Tanding Pada Pemilihan Umno Diminta Berkempen Secara Bersih

Diterbitkan: Ahad, 15 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NIBONG TEBAL: Individu yang bertanding pada pemilihan Umno kali ini dinasihati supaya berkempen secara bersih dan tidak menggunakan laman sosial untuk memburukan lawan masing-masing.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman berkata perbuatan itu bukan sahaja mencemarkan imej parti tetapi juga menjejaskan kredibiliti calon.

Beliau yang ditemui pemberita selepas memberi taklimat serta menyerahkan borang pencalonan kepada individu yang ingin bertanding pada pemilihan Umno kali ini, berkata sebanyak 6,500 borang diperuntukkan untuk Umno Pulau Pinang.

Beliau juga mengesahkan setakat ini tiga pemimpin Umno Pulau Pinang akan bertanding merebut jawatan dalam Majlis Tertinggi iaitu Setiausahanya Datuk Musa Sheikh Fadzir, Anggota Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Datuk Dr Norraesah Mohamed.

"Saya berharap ketiga-tiga calon kita yang akan bertanding di peringkat pusat ini akan diberi peluang oleh bahagian-bahagian lain, mereka inilah yang akan membawa suara kita di Pulau Pinang ini untuk didengar di peringkat pusat," katanya di sini hari ini. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan