Agenda Perkasa Ekonomi Bumiputera Perlu Dilihat Sebagai Peluang - MB Johor

Diterbitkan: Ahad, 15 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mohamed Khaled Nordin.
Mohamed Khaled Nordin.

JOHOR BAHRU: Agenda memperkasakan ekonomi Bumiputera tidak seharusnya dilihat sebagai satu pemberian tetapi peluang kepada Bumiputera untuk berkembang dan cemerlang, kata Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Khaled berkata, mereka yang diberikan peluang di bawah dasar ini seharusnya bekerja untuk memperbaiki diri mereka sendiri dan akhirnya membantu Bumiputera lain untuk turut cemerlang.

"Kita tidak mahu orang ramai memikirkan dasar ini sebagai bantuan.

"Jika mereka berbuat demikian, dasar baru ini akan menjadi seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) di mana orang ramai hanya menerima sesuatu yang hanya untuk memenuhi kuota," katanya ketika bercakap kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Taman Megah Ria dan Taman Kota Puteri pada Ahad.

Mohamed Khaled berkata, mereka yang mendapat manfaat daripada dasar pemerkasaan yang baru ini perlu bersaing secara aktif. berkembang dan akhirnya membantu Bumiputera lain.

"Kita perlu menetapkan matlamat, penunjuk prestasi utama (KPI) dan tempoh masa untuk dasar-dasar ini supaya Bumiputera boleh mengembangkan diri mereka menjadi yang lebih baik.

"Kita tidak mahu satu dasar yang diterjemahkan kepada yang berhak untuk beberapa jenis faedah hanya kerana anda orang Melayu atau Bumiputera," katanya sambil menambah bahawa mereka yang menerima bantuan di bawah dasar ini harus benar-benar memerlukan dalam masyarakat dan bersedia untuk berkembang dan bersaing.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan