Umno Kedah Anjur Majlis Khas Perkenal Calon Pada 19 September

Diterbitkan: Sabtu, 14 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Badan Perhubungan Umno Kedah akan mengadakan majlis khas bagi memperkenalkan calon-calon dari negeri ini yang menawarkan diri untuk bertanding pada pemilihan parti itu bulan depan.

Pengerusinya Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata perjumpaan itu akan diadakan pada 19 Sept di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon di sini, bertujuan untuk mempertemukan calon dengan semua perwakilan dari negeri ini.

"Anggota-anggota Umno yang tawar diri bertanding di peringkat kebangsaaan akan kami perkenalkan satu persatu supaya seluruh perwakilan dari Kedah dapat mengenali mereka. "Setakat ini yang telah nyatakan keinginan untuk bertanding bagi Majlis Tertinggi ialah yang sedia ada, Datuk Seri Mahdzir Khalid (Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air) dan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (Presiden Kelab Putera 1Malaysia)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Kebersihan Kedah (3K) di Taman Wira Mergong, di sini, Sabtu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut menawarkan diri, menjadikan tiga nama setakat ini bakal calon dari Kedah, katanya.

Sementara itu Mukhriz mengingatkan bahawa jika anggota Umno sayangkan parti, proses pemilihan perlu dijalankan dalam suasana yang penuh kekeluargaan.

"Masalah timbul bila ada taktik yang tak berapa beretika yang diguna pakai oleh mana-mana pihak, saya sendiri pun tak tahu siapa, yang akan membawa kepada satu keputusan yang tak diterima perwakilan atau ahli di bahagian tersebut. "Bila itu berlaku ia akan terbawa ke pilihan raya, kes seperti sabotaj dalaman sewaktu pilihan raya, puncanya adalah daripada pemilihan. Kalau sayangkan parti, elakkan perkara ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata Kedah menyasarkan untuk meningkatkan kadar kitar semula daripada tiga peratus kepada 22 peratus menjelang 2020, selaras dengan tahap kesedaran kitar semula yang ditetapkan kerajaan pusat.

"Saya akui ia sasaran yang tinggi tetapi saya lebih suka letak sasaran tinggi supaya usaha kita ke arah itu. Maksudnya dasar dan pendekatan yang bakal diamalkan oleh Kedah mesti menjurus ke arah itu," katanya.

Beliau berkata antara faktor penting ialah soal untuk menimbulkan kesedaran dalam kalangan masyarakat.

"Perlu perubahan sikap dan ini paling payah untuk diubah tetapi akhirnya sikap masyarakat perlu melalui satu transformasi jika kita benar-benar mahu Kedah indah dan selesa didiami," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan