Saya Terbuka Untuk Dicabar - Bung Moktar

Diterbitkan: Sabtu, 14 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KINABATANGAN: Ketua Umno Bahagian Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin yang akan mempertahankan jawatan itu pada pemilihan parti Oktober ini, terbuka untuk dicabar.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu menyandang jawatan itu sejak 20 tahun lepas dan merupakan Anggota Majlis Tertinggi Umno.

"Saya melihat Umno perlu kuat lebih-lebih lagi untuk berdepan pilihan raya umum (PRU) ke-14 kerana keputusan PRU13 bergantung kepada pengundi luar bandar seperti di kawasan Kinabatangan," katanya di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan Anggota Dewan Undangan Negeri Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman yang akan mencabar jawatan Ketua Umno Bahagian Kinabatangan.

Bung Moktar mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Umno Bahagian Kinabatangan tanpa bertanding pada pemilihan parti bahagian itu 18 Okt 2009.

Beliau berkata pertandingan dalam Umno ibarat pertandingan 'keluarga' yang menang adalah anggota Umno dan yang kalah juga adalah daripada kalangan anggota Umno sendiri.

"Maka tidak timbul isu pemimpin baharu lebih 'fresh' kerana saya dengan Saddi seusia dalam berpolitik di Kinabatangan ini. Yang penting bagaimana untuk membawa perubahan dalam kawasan Kinabatangan dan masyarakatnya," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan